Thursday, April 24, 2014

Alhamdulilah skrg kandungan aku ni dah masuk 7 bulan (28 minggu). Tinggal lagi 2 bulan lebih saja sbb aku dah nak kena admit masa 38 minggu. Doc cakap x boleh tunggu hingga 40 minggu sebab aku kan kena cucuk insulin. Tak kisah pun mcm mna asalkan yg terbaik aku terima ja.
Yg sebelah aku tu member aku Fidah. Dia pun preg tapi kurang sebulan dari aku. Tak sangka kami boleh berduet dah la tempat duduk kerja sebelah2 hehe…Aku sebelum raya, dia plak lepas raya.

Jutaan Terima Kasih buat Sahabatku Zai Zamree sbb bantu snap pic yg comey2 ni…ada gak kenangan terindah utk baby bongsu aku yg bakal lahir ni !! (Ambik berkat baby Zai yg MashaAllah kiutt Miut ni.)
  
Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

Hasil Nurkilan:
Mawar_Ungu

Thursday, April 17, 2014

KETERUJAAN YG MENGUSIK JIWA.

15/4/2014 - Aku pi check-up kat MH. Doc ada Tanya sebab apa tunggu sampai lepas 15 tahun jarak baru nk mengandung balik. ?? Mcm mana nk jawab pun x tau. Sebenarnya aku dah tk pikir pun nak preg lagi tapi ada byk sebab yang buat aku trima dan teruja dgn kandungan ni. Salah satu sebabnya ialah :

Aku tahu aku preg masa bulan DEC 2013. Sebelum tu dlm bulan JUNE(6/6/2013)  abg ipar aku meninggal dunia akibat Runtuhan Jambatan Ke2 Pulau Pinang. Kematian Abg ipar mmg beri impak yg besar utk kami terutamanya suami aku. Kerana Arwah byk membantu kami. Aku mmg takut, risau, sedih bila dapat panggilan dari adk aku bgtau suami aku pengsan masa buat pengecaman mayat sebaik saja mayat dikeluarkan dari timbunan batu/besi yg runtuh tu dan dah di hantaq ke Hospital Besar Pulau Pinang. MasyaAllah apa yg dah jadi ni. Aku yg dari Jelutong terus tuju ke GH.
Abg hampir rebah tidak sedarkan diri sewaktu buat pengecaman mayat.
Abg pengsan dan di bawa ke Hospital Besar Pulau Pinang
Keadaan di tempat kejadian. Kereta Mangsa Arwah Tajudin B Zainal Abidin

Abgg,
Abg tahu tak , sampai saja kat Spital, syg nmpak kak Pah(biras) dan anak2nya turun dari Van Polis yang bawa mayat arwah. Syg dah kaku. Terlupa kejab ngan abg. Lepas syg tenangkan kak Pah barulah syg teringat abg. Syg terus meluru masuk ke kaunter. Rupanya abg dah berada dlm bilik kecemasan yg penuh dengan wire2 dibadan abg. Syg rasa lemah masa tu. X tahu nk menanggis kat sapa, tak tahu nk peluk sapa dan tak tahu nk cakap apa. Syg rasa lemah sgt tgk keadaan abg masa tu.Yg syg tahu hanyalah menanggis sambil peluk abg. TIba2 syg rasa takut kehilangan abg.

Syg panggil nama abg tapi abg masih pejamkan mata. Syg tahu abg dah sedar tapi keadaan abg sgt lemah masa tu. Abg hanya mampu baring dan pejam mata sambil air mata abg tak berhenti mengalir. Syg x pernah hadapi situasi mcm ni sebelum ni. Syg jadi takut. Bilik tu dk dibenarkan masuk ramai2 jadi hanya syg sorang saja bersama abg sedangkan anak2 kita setia menunggu di ruang menunggu dengan kerisauan dlm tanggisan.. Ya Allah apa yg harus aku buat masa ? Doc suruh syg terus bagi semangat kat abg wlaupun abg x bagi respon. BIla abg tersedar abg terus meracau bgtau yg arwah panggil abg. Abg cakap arwah tengah tahan sakit. Arwah sakit….syg tau abg dapat rasakan mcm mana arwah menahan kesakitan disaat ajalnya. Ya Allah smoga arwah tempatkan di kalangan org2 yg beriman…amin.

Abg,
Masih ingt tak kata2 syg pada abg masa abg baring dgn wire penuh dibadan. Dalam bilik tu penuh dgn bunyi mesin yg berfungsi membuatkan syg rasa bilik tu amat menakutkan. Abg terbaring sorang di situ sambil mengalirkan air mata. Syg faham kesedihan dan kesakitan yg abg alami ketika itu.  Disaat itu juga syg bisikkan ditelinga abg yg abg perlu kuat kerana abg masih mempunyai syg dan anak2. Kerana kami tidak akan tinggalkan abg sndirian. Syg nmpak abg jadi lemah walaupun abg dah sedar kerana arwah adalah satu2 nya insan yang paling rapat dan selalu berada disisi abg bila abg dlm kesusahan dan arwah lah yg abg ada selain kami. Pada arwah lah abg selalu mengadu dan berkongsi masalah. Tapi abg, yg pergi tetap pergi. Kita yg hidup perlu teruskan kerana masih byk tanggungjawab yg perlu kita uruskan.

Walaupun kejadian tu berlaku dalam bulan 6(JUNE) tapi impak benda tu berlarutan hingga berbulan bulan. Abg x seceria dulu. Abg sentiasa rasa kosong walaupun kami ada disisi. Abg tetap rasa kehilangan yg amat. Lebih sedih abg di masukkan ke Hospital selama seminggu membuatkan abg tidak dapat berada disisi jenazah sewaktu hari pengkebumian arwah. Syg tahu abg terkilan sgt. Sebolehnya syg nak abg kuat dan tabah hadapi saat2 mcm ni. Sehingga selepas 3 bulan barulah kita temui kekuatan utk ziarah kubur arwah. Kalau tak silap dlm bulan 9( SEPT13). Sekali lagi minitik air mata kita sekeluarga bila berdepan dgn situasi mcm tu.  Masih terbayang kecerian dan lawak jenaka arwah yg selalu mengusik anak dan gelak ketawa arwah meskpun kehidupan arwah juga penuh dengan kisah suka dan duka. Tapi Arwah pandai menyimpan kisah duka dan masalahnya jauh dari kita. Syg x mampu berada lama disitu.  Syg biarkan abg sorang bersama arwah utk abg luahkan segala apa yg terbuku dihati abg sekaligus utk sedekahkan doa untuknya.

Lepas balik dari tanah perkuburan, syg faham abg masih rindukan arwah. Syg jadi susah hati kerana abg asyik cakap benda2 yg remeh temeh menjadi punca utk kita bertengkar. Bagi syg satu sebab ja..abg rasa kosong, dan kehilangan. Hingga abg terlupa yg abg masih ada kami disisi abg. Maafkan syg, kdg syg rasa kecil ati dgn sikap abg. Abg akan mengamuk pada hal2 yg remeh dan selalu ungkit yg abg ni dah x dak sapa2. Masa Arwah mak abg meninggal pun abg tak  jadi macam ni padahal abg pun terlalu sygkan arwah mak. Kmudian baru yg ingt balik..sebaik kita balik dari Kelantan selepas perkebumian awrah mak, abg juga moody. Tapi dgn kuasa Allah seminggu selepas tu syg disahkan mengandung. Abg terus berubah dari murung menjadi ceria balik. Abg dah boleh menerima benda ni semua sebgai 1 hikmah. Alhamdulilah.

Jadi bila syg dapat tahu yang syg mengandung tanpa dirancang..syg rasa ini adalah Anugerah Allah utk kita terutama utk abg. Jadi syg terima berita ni dgn gembira dan x sabar nk bgtau abg masa tu. Syg pasti dan yakin abg akan rasa gembira dgn berita ni. Dulu Puteri sulung kita menjadi teman sewaktu abg kehilangan Arwah mak. Skrg InsyaAllah anak ke-3 kita pula akan mengantikan ruang kosong dlm hidup abg sejak arwah pergi. Sejak abg dapat tahu syg preg, abg berubah ceria. Abg selalu sebut yg baby ni yg akan teman abg nanti. Syg dapat nmpak keceriaan yg terpancar di wajah abg. Abg berubah dan nampak abg semakin dapat menerima kehilangan arwah. Abg, meskipun arwah jauh dari kita tapi dia tetap berada didalam hati kita selamanya…..

Skrg usia kandungan syg dah masuk 26 minggu. X lama lagi kita akan bakal menerima insan baru dlm hidup kita. Syukur Alhamdulilah. Semua yg berlaku pada kita selama ni ada hikmahnya yg kita x nmpak sebelum ni. InsyaAllah, Syg sanggup hadapi segala ketakutan, kepayahan, kesulitan & kesakitan untuk baby kita. Smga dia menjadi anak yg soleh , berakhlak dan berilmu dunia dan akhirat..Dan juga semoga hubungan diantara kita semakin teguh dan bhgia hingga ke JANNAH….aminn.

Hasil Nurkilan ;
Mawar_Ungu

Thursday, April 10, 2014

Shoping Barangan Baby...Bestnyee..

Assalamualaikum dan salam 1 Msia.
Hari ni aku nk bgtau betapa xcitednya aku pegi shopping brg baby. Ye lah kan dah 15 tahun x lalu pun dept baby…hehe.

5/4/2014
Aku dengan puteri kedua pun pegi Klinik Pakar Wanita Tan kat Bukit Jambul utk scan baby aku ni. Bukan apa kan nk pi shoping so kalau dah tau jantina senang nk borong.
Aku smpai pukul 9am. Smpai giliran aku pukul 11.30am. kebas satu badan punya tunggu huhu. Doc confirmkan yg aku bakal mendapat BABY GIRL. So nanti ada 3 puteri la jawabnya. X payah aku pening nk pikiaq duit hantaran nk minang sbb aku tunggu trima pinangan ja hehe. Apapun aku tak kisah sebenarnya yg penting aku selamat melahirkan Baby yg sihat dan sempurna serta mengharapkan anak aku ni bakal menjadi anak yg solehah, berakhlak dan berilmu…amin.

Selesai sudah bab scan. Lepas tu terus ja aku drive pergi Sunshine Square. Wah terujanya aku bila masuk baby dept. baju comel2 lebih2 baju baby girl…rasa nk borong semua tapi agak2 la kan..gaji nk guna sebulan . Niat dihati mula nk beli 4 pasang ja..teruja punya pasal terlajak smpai 8 pasang hehe..tu pun nasib baik puteri kedua aku dah tarik muka lengoh kaki hehe..tgk la sendiri brg2 yang kami borong. Ni ja yg sempat. Tuala, lampin, Pek bersalin dan  2-3 brg lagi belum sempat beli..shopping len kali pulak. Dah letih.balik dari sunshine kul 3pm. Wah 3 jam aku ada kat baby dept saja..dasyat2. x sedar masa berlalu.
 Ni la semua brg aku sempat beli. ikut hati nk beli lagi tapi cukup2 la dulu..len kali sambung shoping lain hehe
Storage Box tu aku beli khas utk simpan brg baby. malas nk guna raga kali ni. guna box ni tak masuk habuk.

 Set Mandian ni beli Kat TESCO Jelutong. Ada set mandian, Pampers New Born & Wet Tissue..

Warna warni tapi baby ni aku byk pilihkan warna hijau. kali ni berkenan HIJAU lebih.



Tq
Mawar_Ungu

Tuesday, March 25, 2014

Hamil 23W.

Assalamualaikum…hi
Nk citer petang smlm punya hal. Smlm tu saja je lah panggil anak sulung yg dk asrama tu (syasya) mai pegang perut sbb baby dk kick sakan. BIla dia pegang ja terasa baby kicking terus dia teruja. Boleh nmpak air muka hepi hehe selama ni syasya x berkesempatan nk rasa sbb dk asrama. Dia punya la xcited smpai x mau angkat tangan dari perut ni. Baby pun mcm kenai Kak Long dia…punya dk kick x henti2. Malam sikit dlm kul 8pm cam tu lepas makan laksa..Baby kick lagi punya la aktif. Anak no 2 (syanie) punya turn plak merasa. Bila Syanie pegang ja terus dpat rasa dia pun hepi jerit2 satu rumah sonok. Sbb sebelum ni dia rasa sikit2 ja skrg ni dah kuat. Dah pandai anak mama ni balas balik bila kita sentuh dia. Skrg dah 23W.

Kak Long mcm x mau balik asrama. Yg Kak Ngah plak xcited x mau lepaih2 nk pegang. Sonok la tu. Bab Husband ja belum merasa baby kick yg kuat. Agaknya baby syg abah dia lebih ni sbb tu x mau kick abah dia. Abah dia punya la pegang perut sembang, pujuk dia tunjuk baik ja…diam je..ermmmm. Anak abah la ni…alahaiiii

Kul 9 mcm tu aku pun soh la Syasya gosok minyak kat kaki. Sebelah tangan gosok kaki aku sbelah lagi dk pegang perut. Gosok pun jadi pelan ja…geram gak x rasa apapun.smpai 10 minit dk layan baby tendang ni aku pun sound la.” Dah la gosok dulu jgn dk kacau baby nk tidoq”. Tiba2 baby diam. Syasya punya la kacau baby kiri kanan atas bawah baby tak balas pun hehe..baiknya ank mama yg kecik ni..dengar kata betoi. Terus dia rehat lena . Baru la syasya leh concentrate gosok kaki hehe..padan muka dia.

Mcm tu la citernya betapa xcitednya anak2 aku ni nk dapat adk baru…Cepat la bulan JULY….x sabar ni.


Hasil Nurkilan:
Mawar_Ungu

Friday, March 21, 2014

PENGALAMAN MENGANDUNG SELEPAS 15 TAHUN - ANAK KE 3

Pada  6 DEC 2013 Tarikh yg bermakna kerana cukup usia aku ke 38. Tapi yg lebih meriah lagi Hari ini juga aku dapat tahu yang aku HAMIL .. Biar betoi !

Begini storynya :-
Aku dah sakit 3-4 hari, rasa nk deman, batuk,selsema dah mcm nk penat. Jalan sikit dah mengah. Batuk plak teruk smpai tahap nk terkencing la. Jadi aku mintak ubat kat nurse room tempat kerja aku. Balik rumah tu sebelum makan ubat tiba2 terdetik hati aku utk buat preg test sbb dah nk masuk 3 bulan x datang haid. Tapi aku mmg biasa mcm ni. 2-3 bulan baru mai sekali. Tapi hati aku tetap nk check juga padahal sblum ni aku x lorat pun. Aku pun beli la preg test. Mcm biasa aku check lepas tu aku tinggal ja kat tepi. Lepas mandi aku nk ambik buang la sbb dah tau mesti x ada punya. Tapi saja nk check utk kepuasan sbb nk makan ubat kan. Last period aku 25/9/2013.


Bila aku ambik preg test tu tgk2 ada 2 line. UIks..biar betoi ni naik 2 line ada ka tak ada. Konfius sbb dah lama x check. Aku pun kol la member2 utk confirmation. Yg syoknya depa plak teruja lebih hehe. Depa kata confirm la preg. Ishh aku x puaih hati. Aku p klinik aman 24 jam kat gelugoq. Aku bawa la preg test tu sekali. Doc kata mmg preg. Aku sempat lagi x percaya kat Doc tu, aku Tanya betoi ka mana tau kot2 penyakit ka. Doc kata mmg preg. Mmg jenih x puaih hati..esok tu aku pi PEACE Klinik kat Farlim plak utk scan. Masa tu Doc cakap mmg confirm preg tapi baru ada kantung. Embrio belum nmpak. Awal lagi. MasyaAllah..syukur dlm teruja dan terharu. Aku ingt dah tutup kedai sbb dah 15 tahun dah. Anak yang kecik pun dah umur 15 tahun ni. (Ingt Che Ta ja lepas 15 tahun).
Suami aku dan anak2 apa lagi sambut berita ni dgn kesyukuran dan gembira la. Anak Sulung(syasya) dah umur 16 tahun. Anak yg no 2(Syanie) dah 15 tahun teruja lebih sbb nk dapat adk. Aku plak..dlm keterujaan mula dah pikiaq takut mcm2. Fobia bersalin 2 anak pun ada lagi..mcm mana ni.

Lepas  seminggu tu aku turun darah sikit. Aku pegi check kat klinik. Doc scan dan kata baby ok Nampak denyutan jantung dah tapi kecik. Mengikut ukuran dalam 8W. doc ukur dan bagi due date pada 25/7/2014… Khamis tu plak aku dah pegi buat buku merah hehe

TERINGIN
Yang bestnya mcm mana aku tak perasan yg aku mengandung ! Padahal dlm 2 bulan tu mmg aku teringin mcm2. Salah satu aku teringin nk makan Kumbui Nyok. Cari punya lama..last tu ada sorang kawan ni bawa mai dari kampong khas utk aku. Sebiji nyok yg dah dibuang sabut tapi belum dibelah. Dia soh aku wat balik belah sendiri. Kumbui dari perak tau. Dia bawa mai penang semata mata nk bagi kat aku. Baiknya hati dia..dah dapat tu aku diam dah la x mintak dah. Lega. Lepas tu plak aku nk pelam + kuah rojak. Nk juga2. Siap kol hubby kawan aku yg niaga rojak Tanya awat x buat kuah lagi..ishh dgn muka x malu ni. Aku pi smpai Ayer Hitam rumah kawan mintak pelam padahal  aku bukan suka sgt pelam cicah2 sebelum ni. Kalau rojak aku lebih teruja timun + senkuang ja. Ni siap nk pelam ngan nenas. Tapi aku x perasan lagi…x dak deria betoi aku ni..mana nk ada perasan sbb dulu preg pun mmg x cari pelam2. X suka masam.

ALAH
Mmg ada alah. X sama mcm ngandung dulu. Dulu x alah pun. Lani alah smpai tiap pagi mesti muntah pahit. Malam plak makan apa mesti mutah keluaq balik semua. Nasib baik anak2 dah besaq boleh la depa bantu sapu minyak. Makanan kegemaran MCD pun dah x lalu masa tu. Nak KFC. Padahal dulu mmg x suka pun KFC. Dah la muntah + sakit kepala plak + malas plak + cepat penat mcm semput. Mungkin factor usia kot huhu.mmg x kemas rumah, masak pun tak. Nak masak ayaq pun malas.

MASALAH
Ni mmg salah satu sebab aku kena pi check up 2 minggu sekali sejak awal kehamilan -  KENCING MANIS !. sbb abah aku ada kencing manis so aku kena minum ayaq gula seawal 2 bulan lagi. Sebelum minum bacaan 6.0. Lepas minum 10.0. Habis la..terus kena buat BSP dan kena follow up check up 2 minggu sekali. Sehari sebelum check up kena check BSP 3 kali sehari. Mlm tu kena puasa utk ambik BSP 8.00am. Lepas tu stop makan kul 12 utk BSP kul 2.00pm. dan stop makan kul 6 utk BSP 8pm. Tensionyaaaaaaaa……Lepas ambik beberapa kali masih x turun yang pagi tu..still 6.9, 6.5 ermm apa lagi masa 5 bulan kena refer GH la. Admit 3 hari kena ambik insulin. Adoila…kena cucuk ! lani 5 bulan dah berat pulak turun 0.5kg.

BABY GERAK
Rasa baby gerak dari 3 bulan lagi tapi masa tu rasa angin2 dan geli2 je la. Tapi bila 16 minggu dah dapat rasa kuat tapi bila pegang x rasa kat luar ni. 18 minggu baru rasa perut bergerak kena kick. Best sgt rasa mcm tu. Tapi bila dah biasa rasa..tiba2 lepas 2 minggu x rasa..jadi slow. Mula risau. Rupanya baby mula nk settings time tidur dia..ermmm bukan nk bgtau awal..mana nk tau.
Skrg ni dah masuk 22 minggu..mmg baby kick kuat dan kerap. Belah kanan+ kiri + atas + bawah. Ikut suka la sygg…janji syg sihat kat dalam tu.

Sambung lain kali plak ye……