Wednesday, June 2, 2010

Kau Dan Aku


Masih ingatkah dikau
Detik pengenalan kita dulu
sewaktu kita dialam remaja

Kita sering bertemu
Bertukar senyuman
Diwaktu itu kau sentiasa bersama sidia
Begitu jua aku bersama pasangan ku
Ingin rasanya aku mengenalimu
Namun apakan daya..siapalah aku.


Namun ALLAH berkuasa
Kita bertemu dan berkenalan
Disaat kita berjalan sendirian
Tanpa sesiapa menjadi halangan(27/03/93)


Disitulah bermula segalanya
Kau dan aku menyulam kasih
Meniti hari demi hari
Meninggalkan semua kenangan lalu
Untuk memulakan perjalanan baru

Semakin hari semakin mesra
Semakin kasih semakin sayang
Bersamamu setiap detik
Umpama diri lebih dihargai



Diatas sikapmu yang takut akan kehilangan ku
Kau mengikat ku dengan tali pertunangan (02/09/95)
Kini perjalanan kita lebih beerti
Kerana semakin dekat kepada destinasi

Dugaan demi dugaan kita rempuhi
Halangan demi halangan kita rintangi
Namun segalanya telah tertulis
Namamu dan namaku
Telah ditakdirkan untuk bersatu.

Tanggal 14/02/1997
Tarikh bersejarah
Ikatan perkahwinan menjadi bukti
Kau dan aku kini menjadi satu
Janji ku padamu
Hanya kaulah suamiku
Untuk selamanya dalam hidupku


Sungguh indah perjalanan hidup
Terasa bahagia bagai disyurga
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya ribut di persimpangan..

Adakah aku yang bersalah
Hingga retaknya hubungan kita
Atau kehadiran insan ketiga
Memusnahkan segalanya...




Dimanakan janji-janji mu dulu
Menyemai kasih bersamaku selamanya...


Setelah pengorbanan demi pengorbanan
Telah ku korbankan untuk dirimu
Apakah kau masih tidak dapat merasai
sentuhan hatiku yg suci ini...





Telerai jua ikatan kita
Yg terbina sekian lama
Dengan linangan air mata
Kita terpisah jua akhirnya..(04/08/05)

Hidupku semakin hanyut
Ibarat layang yang ditiup bayu
Sinar cahaya yang kuharapkan
Rupanya gerhana yang melanda..


Kau kembali lagi
Ingin menyulam kasih yang terlerai
Aku lemah dalam dilema
Mampukah aku bersamamu
Insan yg pernah menyakitiku..





Dikala malam suram
Sedang insan dibuai mimpi indah
Aku terpandang Permata Hatiku
Perlukah aku berkorban sekali lagi
Untuk kembalikan kebahagian yg hakiki

Tanganmu ku sambut dengan senyuman
Untuk memberimu peluang kedua
Dengan harapan dan janji kau tidak akan
Mengulangi kesilapan yg mengguris hati


Kau memelukku
Dengan linangan air mata
Kau berjanji bahawa aku lah segalanya
Setiap detik tanpaku terasa payah
Sepenuh jiwamu hanya utkku
Hidup dan matimu ingin bersamaku



Dengan satu janji dan satu lafaz
Kini kita bersama kembali..(01/01/09)
Menyemai kasih yg pernah terhenti

Berjanjilah padaku
Kau kan setia selalu
Menyintaiku..menemani ku
Selamanya.......


Hasil Nurkilan..Mawar_Ungu

Tuesday, June 1, 2010

Kisah Menyayat Hati


Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.


"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila&" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cubamenghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila&" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila&

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Moral: Hargai mereka yang berada disisi anda selagi mereka masih ada

Aku Dan Basikalku



Citer ni mmg benar2 berlaku pada Mawar tahun 1989.. Masa tu umur Mawar 14 tahun(kira tingkatan 2 la). Mawar bolehla diketogerikan ala2 ganaih gak ler...tp blum tahap brutal lagi.Mawar ni setiap pagi pegi sekolah ngan basikal kesayangan Mawar...basikal Rangler. Masa tu basikal Rangler mmg TOP. Mawar ni kalau kayuh mmg sakan...laju ooO.Selain boleh sampai cepat, Mawar nak tunjuk terer gak..hehehhehe

Dijadikan citer suatu ari tu masa nak balik sekolah(sekolah petang) hujan punyalah lebat..kira berdiri bawah hujan 5 saat pun boleh lencun habih la.....Mawar pun lepak2 dulu ngan member sementara tunggu hujan reda. Tunggu punya tunggu akhirnya hujan dah slow...kira orait la. Masa tu dah dekat pukul 7 lebih.Mawar ngan member2 pun masing2 ready nak blah balik....

Mawar pun capai basikal lalu kayuh la...Mawar kayuh dgn berhati hati sebab jalan licin ..hari pun makin gelap....Kayuh punya kayuh akhirnya Mawar dekat dah dgn rumah .....tp ntah macam mana masa Mawar nak lintas last punya bumper Mawar x naik atas bumber tu tp Mawar lalu kot tepi..BrumMM !!..Tetiba jatuh kedalam paritT. Aduihhhhh..kot tepi bumper tu berpasir...licin agaknya..masa tu Mawar punyalah gabra...kelam kabut Mawar bangun, kluar dari parit tu, capai basikal terus kayuh balik rumah. Tak rasa sakit apa pun.Sempat lagi Mawar toleh kiri kanan..manatahu ada org nampak Mawar....malu ooO !!..Tp dah hujan mesti semua ada dlm rumah kan...makan cokodok ! hehhehehe

Sampai je rumah..Mawar terus citer kat mama Mawar..lepas mandi Mawar pun masuk bilik nak relax. Masa tu baru Mawar rasa sakit kat lutut Mawar nie....adesS. Esok pagi tu emmm...berjengket jengket Mawar dibuatnya.Dah berjengket satu hal..ada laks makcik tu lalu kat umah Mawar tanya `` anak yg tersembam semalam depan rumah makcik kan `` ??? Alahaiiiiiiiiiiiiiiii............malunya !!..anak sapa ntah !!..???.


Hasil Nurkilan..Mawar_Ungu

Stesen Minyak

Kisah ni berlaku 2 tahun lepas. Mawar dengan kawan2 Mawar dah sepakat nak pergi berkelah hujung minggu .Kami pun apalagi dari awal dah bersiap sedia dengan semangat yg berkobar kobar nk pergi berkelah dekat BUKIT MERAH..Orang yg paling xcited ialah kawan Mawar yg sorang tu namanya….SOFIA. Dia ni pendiam tp kelam kabut sikit. Semuanya nak cepat.


Dan ditakdirkan ..Mawar, Maria dan Ita kena tumpang kereta dia. Emm apalagi awal2 lagi dia dah pesan “korang jgn dok buat lembab na,nanti aku tinggal korang“. Ciss !! apa punya kawanlah camni. Kami (3 buah keta) semua janji nak berhimpun kat Seberang Jaya pukul 8.30am, tp dia suruh kami tunggu depan rumah dia pukul 7.00am.Takkan dari pulau nak pergi seberang ambil masa 1 1/2 jam kot. AdessS...apalah minah nie.

Malam tu Mawar pun siapkanlah semua perkakas yg hendak dibawa. Mawar siap double check lagi. Bukan apa takut terlupa mesti sofia tak nak patah balik punya.....lepas berpuas hati Mawar pun “alarm“ kan hp Mawar pukul 6.15am. Mawar pun terus zzZZ(tidurla)

”Bila yg tertulis utk ku, adalah yg terbaik utkmu, kan ku jadikan kau kenangan yg terindah dlm hidupku“...emm phone berbunyilah pulak. Hello !...weii bangun cepat . Dah pagi nie.! Rupanya Sofia yg cal.Apalah punya orang. Adakah patut kejutkan Mawar pukul 5.45am. Tension betul la minah nie...

Mahu tak mahu Mawar pun bangun la sebab dah tak boleh nak tidur balik.Tapi Mawar siap secara slow n romantik..yelah buat apa nak kelam kabut macam dia...kan awal lagi.Tp part yg paling lama nak siap bila berdepan dgn cermin. Aduihhh Mawar kan tak pandai make up. So, ada saja tak kena. Kejab calit kejab padam kejab sapu kejab padam…tengok2 jam alamak !! dah pukul 7.00am. Mawar pun ambik semua barang2 terus keluar pegi rumah minah kalut tu.Dari jauh Mawar nampak dia siap bercekak pinggang macam Mak Dara dalam filem “IBU MERTUAKU” hehhehe Mawar senggeh je.Yg lain belum nampak batang hidung lagi. Tunggu dlm 10 minit baru Ita dan Maria sampai. Huhh lega ! Yahoooo…dah boleh bertolak.

Tak reti ka nak siapkan semua perkakas dari semalam ! Nape tak tidur awal kalau tahu susah nak bangun pagi ! Nape tak alarm hp ! Nape! Nape ! Nape ! Banyak sunggoh songgeh dia pot pett pot pett padahal bukanya lewat sgt pun..ishk teruklah sapa yg kahwin dengan dia nanti …Cerewet !!

Dlm kelam kabut tu tengok meter minyak kereta dah menyala..Emm bertambahlah kalut dia. Dia pun drive masuk ke stesen minyak.Dgn kelam kabut dia pun turun dari kereta dan pergi ke kaunter..lepas bayarr tetiba Ita bersuara..”ishk nape dia pegi kat keta sana ?? Siap isi minyak keta tu lagi…Apa kena dia nie ??Lepas tu nampak sorang mamat pegi dekat dia....

Kami yg tak faham apa2 ni tunggu je dalam keta. Lepas je ckap ngan mamat tu dia pun dengan tersenggeh senggeh sambil datang kat keta kami.uikss tadi muka mencuka bukan main lagi, ni tetiba je senyum lepas jumpa mamat tu. Musykil gak nie. Ada apa2 ka dia ngan mamat nie ? Yelah dia kan pendiam susah nak tahu hal peribadi dia. Kami ni dengan tak sabar teringin nak tahu mamat tu bf dia ka.Kalau bf dia pun tak payahlah nak menunjuk nunjuk sampai macam ni. Macamlah dia sorang je yg ada bf..

Sebaik je habis isi minyak..dia pun masuk dalam keta. Kami pun dengan tak sabar tanya la..eh Sofia, tu bf ke ? Dia jawab...BUKAN. habis tu yg pegi tlg isi minyak keta dia nape ? Dia pun citer lah...........hhahahahahha rupanya Sofia ni lepas bayar duit kat kaunter dia pun teruslah nak isi minyak(kan dia nak cepat) tp tersilap keta....lepas mamat tu tanya dia..baru dia sedar rupanya tu bukan keta dia.keta mamat tu. Mamat tu pegi kat kaunter utk bayar duit..masa dia nak keluar nampak lah si minah ni tengah pam minyak keta dia....hahahhah baru aku terperasan keta diorg sama lah..ISWARA HITAM...ekekkekekeke..

Nilah citernya,...jgn sampai jadi kat kita laks...malu nanti.


Hasil Nurkilan..Mawar_Ungu

Kadang Kala..



Kadang kala….

Apa yg kita impikan kita ingin memilikinya.
Namun
Apa yg kita miliki belum pasti menjadi hak kita.



Kadang Kala….
Apa yg kita inginkan tak mampu utk dimiliki,

Kerana…
Ada rahsia yg tersembunyi di sebaliknya….


Hasil Nurkilan..Mawar_Ungu