Thursday, May 15, 2014

Scan 4D masa 30W......terujanya....

Assalamualaikum….

Jumpa lagi. Kali ni xcited nk cerita bab scan 4D. Masa anak sulung ngan no 2 tak da lagi scan 4D. so teringin gak la..kan dah kata ni baby yg last. Nak gak pic kenangan masa dlm perut lagi hehe.  Kebetulan ada Klinik kat Seberang Jaya buat Offer Scan 4D + Foto + CD ONLY rm65. Terus teruja. Padahal tgh demam ni. Demam dah hari ke 5 tapi batuk, selsema masih ada. Rasa sakit dada masa batuk. Siap rasa nk terkucil…huhu.

Sebelum tu nk citer cikit ni masa pegi check up Isnin baru2 ni 12/5/2014. Sepatutnya pegi keja pagi tu dan balik petang baru check up. Tapi dah demam ni hubby soh pi pagi. X yah pi keja..ishh dah la org nk save cuti.Tapi apakan daya..kuturutkan jua la..nanti tak pasal2 hubby berletiaq lagi sakit. Smpau klinik Jalan Macalister Rd dlm kul 8.00am. Lepas aku turun dari keta, hubby pun gi parking la..sana susah parking. Aku pun masuk la gi register. Letak buku pink kat kaunter aku pun duduk. Tapi aku rasa rimas sbb haritu ramai sgt sebab apa. ooO baru teringat esok tu Wesak Day. Jadi public holiday. Semua mai check up arini la…adoila…stresss…panaihhh.

Tetiba ja aku rasa berpeluh..lepas tu seram sejuk(Bukan citer antu k). Badan rasa ringan. Aku pun bangun nk cari nurse nk bgtau aku nk pitam ni…tiba2 aku rasa ada org pegang lengan aku. Dengar kecoh2 kata ada org nk pengsan. Isshh sapa plak nk pengsan ni. AKu ka ?? konfius gak. Rupanya mmg aku la..dengar kecoh misi2 soh bawa masuk rehat kat dlm bilik doctor. Ada dengar misi tu bgtau kata “ Puan ni ada Kencing Manis” mungkin Hypo. ADoila…menatang apa tu.? Dalam pada aku baring kat katil aku dengar misi2 kalut soh pi beli ayaq yg kurang manis, siap check BSP, BP pastu ambik darah aku 1 tiup huhu kejamnya…tapi yg best ada misi tlg picit kepala..selesanya….hehe.

Lepas Check tgk BSP ok ja 7.0. BP 140/100. Tinggi gak. 2x check sama. Check suhu aku..DEMAM. kena berletiaq ngan misi sbb dah demam 2 hari tapi x pi klinik/spital. Bukan x mau pi..tapi aku takut kena admit la…..lepas tu misi bagi segelas air soh minum muka pun dah merah sikit(misi kata masa pengsan muka pucat). Aku pun bangun la duduk.rehat ja sbb x payah tunggu kat luar…nanti doc mai check. Senangnya…..Tapi yg best hubby aku leh tak tau apa..lepas parking dia masuk dlm tgk aku x dak kat depan..dia ingt aku dah ada dlm bilik doc utk check up. .ermmm bertuahnya…

Balik tu aku makan ubat terus tidur. Dapat rehat hari selasa lagi kan Wesak Day. Rabu baru masuk keja. Ada org tegoq nmpka badan susut. Heran sunggoh. Aku bukan diet pun. dulu masa diet x susut2. Pe kes ni ? dah la berat x naik, kencing manih, batu karang + demam aku mula risau baby kat dalam. Aku kat luar ni x kisah sgt…yg kat dalam lebh penting. Mula la aku pikir yg bukan2. Utk puas hati aku..aku nekad utk pegi SCAN 4D.

Anak sedara aku rekomenkan aku Poliklinik Marina kat Seberang Jaya. Ada offer rm65. Balik ja keja, mandi2 rehat sat. Hubby balik keja terus gerak ke sana. Smpai dlm kul 9.00pm. kena tunggu giliran lak. Dlm 9.35pm baru aku dapat masuk. Doc bertudung labuh, baik dan peramah. Bila Doc soh baring ja..aku mula teruja tapi yg lebih teruja hubby aku la..x sabaq. Dari awal scan smpai last dia ja Tanya soalan smpai aku x dak soalan nk tanya dah…ye la kan dan lama x dak baby ni lebih2 hubby mmg suka budak2..

Lepas smua selesai kami pun ingt nk makan nasi Arab kat Tesco seberang jaya tapi dah pukul 10.15pm x sempat dah. SO decide balik ke Pulau dan makan kat Nurul Ikan Bakar jer…Lepas makan smpai umah dlm kul 1.00am. mandi sikit makan ubat..terus lena..letih.

                                              Ni Pic2 yg dapat snap....Muahhh kak pp gebus tu..



 Ni semua ukuran baby. Nampaknya ukuran lebih pada usia, Doc jangka leh berat 3.5kg keatas. Sbb usia 29w tapi ikut ukuran dan 31/32w.


Assalam Baby,
Tahu tak baby, mama, abah, kak long dan kak ngah teruja sgt dan x sabar nk sambut baby. X sabar nk peluk baby, nk cium baby, nk dukung baby, nak jaga baby, nk belai baby dan semuanya….Walaupun masa mengandung baby, mama rasa terlalu payah dan mcm2 dugaan, mama x kisah asalkan baby sihat dan sempurna serta baby gembira untuk menjadi ahli keluarga Mama dan Abah.

Baby
Tahu tak, ada org rasa mama frust sebab baby bukan lelaki. Sebab kan mama dah ada 2 org puteri sebelum ni. Tapi mama x pernah kisah pun, abah pun sama tapi sebab apa org2 sekeliling yg kisah sgt. Anak lelaki ka anak perempuan ka x menjanjikan syurga pun utk ibubapa. Nape org masih nk pertikaian dan bangga dgn anak lelaki. Mmg la sebolehnya smua ibu bapa ingin merasa utk mendapatkan anak lelaki dan perempuan tapi inikan Amanah Allah dan semuanya pun dgn izin Allah. Kenapa kita mesti pertikaikan. Selama ni mama besyukur dgn 2 org anak mama yg comel dan baik. Setakat ni x ada masalah pun jadi napa mama harus memilih jika ini yg terbaik utk mama…kan baby ? Mama tgk ramai yg ada anak lelaki pun kucar kacir juga hidup. Ramai di pusat serenti. Jadi kat mana yg harus dibanggakan. Ibu bapa yg Berjaya adalah yg dapat mendidik anak2 menjadi anak yg berguna dunia dan akhirat. Tapi dari zaman dulu smpai sekrg manusia masih cetek ilmu..biarlah..

Baby,
Bagi mama, didikan ilmu dunia dan akhirat tu penting utk kesejahteraan hidup . Bukan terletak pada anak lelaki atau perempuan. Jadi baby jgn risau sbb mama , abah dan kakak2 semua terima baby dgn perasaan teruja dan x sabar sgt2. Smga baby menjadi Anak yg solehah, berakhlak serta berilmu dunia dan akhirat…aminnn. We LoVe U So MuCh…..




2 comments:

Zai Zamree said...

sobbbbsss....teringin anak pompuan tp dpt anak laki tp xpa...sy hrp anak laki sy ni sng di jaga mjadi penyejuk mata n penyenang jiwa sy & suami sudah

Mawar_Ungu said...

Apa yg diberi Allah pasti yg terbaik…boleh meminta tapi jgn smpai keterlaluan…kalau frust utk diri sendiri x pa…tapi dk lorat pasal org tu yg kak x suka…Syukur la sapa yg dipilih Allah utk diamanahkan anak lelaki dan perempuan tapi jgn smpai persendakan org lain..benda ni sensetif. Ntah la..susah nk cakap. Xpa lah…perjalanan masih panjang…kita tgk je la…x kisah lelaki atau perempuan yg penting akhlak.