Wednesday, June 5, 2013

Aku Insan yang Lemah


Hidup ini terlalu singkat utk diratapi dan terlalu panjang utk di tanggisi,
Mampukah aku menempuh liku2 hidup ini tanpa kekuatan diri
Dimanakah perlu aku sematkan segala luahan hati agar kau ketahui
Bahawa aku sedang merintih, menanggis dan bersedih keranamu.

Dimanakah letaknya segala pengorbanan ku selama ini.
Adakah aku dijadikan hanya utk disengsarakan olehmu
Adakah aku hanyalah sandaran pada
sandiwara ciptaan mu
Atau ini semua hanya untuk menguji kesetian ku

Aku hanyalah wanita biasa..
Yang bisa mengalirkan airmata bila berduka
Yang harus menahan sakit bila sengsara

Kesengsaraan ni amat menguris hati
Pada siapa harus ku merintih
Pada siapa harus aku menanggis
Pada siapa harus ku luahkan segalanya

Aku hanya seorg wanita yang lemah
Berikanlah secebis kasih untuk aku
Menanggis sepuas hatiku dan peluklah
aku dengan erat dan jangan dilepaskan.

Sehingga aku hanyut didalam pelukanmu
Sehingga aku Leka dalam jelmaanmu
Sehingga aku mimpi dalam lenaku
Sehingga aku bahagia dalam kasihmu.

Hasil Nukilan : Mawar_Ungu


No comments: