Tuesday, June 29, 2010

Anakku Masuk Wad

Salam dan selamat sejahtera semua.

Saja nk coretkan kejadian yg tak disangka2 baru2 ni(24/6/2010). Syanie masuk Hospital kena Jahit dijari kelingking tangan kiri - 3 jarum.

Citer dia bermula petang tu syasya(kakak) tengah mop lantai, syanie (adik) lak basuh pingan. Byk pingan kot smpai tak celuih nak letak kat sinki syanie pun pegang satu mangkuk nak pi simpan kat rak. Nak jadi cerita, tiba2 dengaq kedekangGg!!!..aku(mama syanie & syasya) pun toleh la..tgk2 syanie dah tertiarap kat lantai ngan kaca pecah berderai...aku panik !! tgk plak darah byk yg kluaq kat lantai.

Abah syanie pun cepat2 angkat syanie dan terus tengok tangan kot2 ada kaca yg melekat lagi..bila luruskan jari kelingking kiri ja..darah terus memancut tinggi tanpa henti.Aku dah macam nak pitam. Syanie mula nak menanggis dan syasya pun panik. Abah syanie mintak kain terus balut tangan syanie dan terus bawa ke hospital Lam Wah Ee ditemani oleh syasya. Aku kat rumah terus bersihkan serpihan kaca2 dan terus mop lantai..

Dan selesai bersih semua..aku masuk bilik..baru aku menanggis..menanggis smpai bengkak mata. Aku risaukan syanie. masih terbayang darah yg banyak kluaq. Dalam Hati aku cuma mampu memohon pada allah supaya melindungi syanie dari bahaya...

Dah puas menanggis, aku call abah syanie kat hospital. Masih dalam Emercency room.
Aku susah hati.risau. Lepas tu aku cal lagi dan di beritahu yg syanie kena admit. tp utk malam nie tidur umah dulu, esok pagi baru admit.

Aku tak sabaq tunggu syanie balik.Setibanya saja dia dirumah..aku terus peluk dia...dan hanya "maaf kan mama sayang"saja ayg mampu aku lafaazkan.Tp mmg syanie seorg yg tabah dan kuat..kata2 pujuk dia amat menusuk ati aku. "mama tak payah lah mintak maaf, bukan salah mama, ni semua kan dah takdir"..ya allah anak sekecil ni lebih tabah dari aku...Terima kasih ya allah, aku pasti yg aku pernah melakukan kebaikan hingga kau kurniakan pada aku anak2 seperti mereka (syasya & syanie).

Aku terus tanya pada syanie apa yg berlaku di hospital. syanie pun cerita penuh semangat. kakak syasya ikut menemani di dalam bilik kecemasan. Kakak syasya yg peluk adik dan pujuk adk..kak syasya yg tunggu adk smpai habis.Tp kak syasya ada kluaq kejab. aku tanya syasya..kluar utk apa ? Dia jawab..menanggis sbb tak tahan sedih tgk adk sakit. Yang buat aku terharu lagi..syasya jaga syanie penuh tanggng jawab yg tak berbelah bagi..sampai pegi tandas buang air besaq pun syasya yg tolong cucikan..

Syasya, besar sunggoh pengorbananmu sebagai seorg kakak.

Lepas saja citer syanie x sabaq2 dah belek hp dia..apa lagi mesej dari cikgu idham la..cikgu tution dia. Ilang sakit2 sumer..tp aku tak kisah..tgk dia senyum aku dah hepi.


Buat Cikgu Idham.,
Tima kasih sbb selalu rajin bermesej ngan syasya & syanie...2 beradik ni boring sgt kat umah...

Kluaq wad hari ahad pagi. sepatutnya sabtu malam dah boleh kluaq tp dengaq kata Cikgu Idham nak lawat, syanie terus mintak tahan smpai ahad. Tambah happy Untie Liana Ngan Uncle Yien pun mai, siap bawa puttu mayung lagi..sedappppp..hehehe . Pastu Untie ros, uncle Man ngan kimi mai,pastu abah mai ngan mamu ambios, mamu krul mai ngan anak dia. Aku Terharu sgt dan tima kasih pada yg sudi melawat syanie..tu semua bagi kecerian kat syanie walau tgh sakit. Syanie kluaq wad hari ahad tgh ari. Tp ari selasa ni kena pegi balik utk follow up. Syanie dapat MC smpai rabu ni (6 hari) sakan lah dia.

Kat bawah ni ada pic2 kenangan masa dia sakit...

Thanks pada semua Pelawat



Ni lah wajah syanie yang paling suram..biasanya syanie riang dan lincah.
Adk lekas baik k..kami semua syg adk. muah muah muah kat pp gebu adk.


Kesiannya..pic ni paling menyayat hati..masil blur2 lepas sedar dari pengsan..balik wad lena balik.

Ni la Cikgu Idham. Cikgu Tution Syanie n Syasya.
Sempat gak melawat anak murid....:-)



Ni la pelawat2 syanie..mmg meriah dalam bilik nie..sempat lepak atas katil sebelah lagi.
mentang2 lah pesakit tu dah balik





Sempat lagi bergambaq dalam bilik permainan kat spital.

Ni Bil Spital utk 2 hari..nasib baik ada insurance cover..hehehe
2 hari je dah kena RM1,500++


Berbezaan Tanggungan Lelaki & Wanita


KAU LELAKI, AKU WANITA


Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya. BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki
mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

Thursday, June 24, 2010

Kereta Perdana












Salam Sejahtera sumer..

Hari ni Mawar nak citer kisah lucu penuh suspen ni utk kita gelak sampai berguling2.

Citer ni cam nie....
Hubby Mawar tengah ricky keta 2nd. Dah banyak kedai keta dia pi tanya tp blum dapat yg sesuai lagi.Sesuai ni maksud berkenan dan under budget lah...hehe

Satu hari tu Mawar balik keja dia pun citer la penuh xcited " sayang, tadi kan abg pi satu kedai keta ni..tgk keta PERDANA V6 hitam cantik la..murah lak tuh. Berkenan tak keta perdana ? Mawar pun syOk gak la sbb mmg dok kenan dah perdana..ermm mahai tak , tanya mawar. Tak lah..dalam RM7,800 ja..Uiksss ! Biaq betoi. Murahnya..silap tgk kot. Mayb tu deposit ja. Hubby kata tak lah..dia dah tanya tokey kedai tu.Macam tak caya ja....Cuba abg citer betoi2.

Dia terus kata..Abg masuk ja kat kedai tu terus berkenan keta Perdana tu sbb itam metalik, siap ngan sportrim sempOi, kira mmg ok la. Pastu mai la budak jaga kedai tu tanya abg " camna abg..ok tak ? murah ja nie...abang pun confirm ngan dia sekali lagi..adk, betoi ka harga dia rm7,500 ja. Betoi2 abg, ni special prize.! Abg pun suruh adk tu buka nak tgk dalam..fulamakk dalam pun mcm baru ja..adk tu kata lagi, keta ni owner dia pompuan satu owner ja, mmg dia jaga betoi keta ni. Abg tak puas ati, abg tanya utk double confirm, betoi rm7,500. Adik tu kata, apa2 kita cakap ngan tokey kat dalam.(Aku ni dalam ati dok fikir owner keta ni mati dalam kereta ni apa)

Abg pun xcited terus masuk dalam.Langkah masuk ja. tokey kedai dah tanya...jadi ka ambik ? Abg kata ok gak keta tuh tp boleh tak buka invoice sbb nak mintak duit kat lawyer, nk kena tunjuk invoice pastu baru lawyer buka cek. Tokey tu jawab " boleh2, tapi apa macam lu mau angkat balik ?? ishh " (apa punya tokey la ni )wa mai angkat sendiri la" abg jawab ngan selamba. yelah x kan beli keta nka kena panggil satu kampung mai bawa balik kot...ermm.Tokay tu plak balas " mana boleh angkat sendiri, u sudah tengok itu kereta ka ?? sudah, kata abg.

Tokey tak puas hati ajak abg kluaq pi kat kereta PERDANA V6 tu. Dia panggil budak pekerja dia yg tadi tu. tetiba dia buka bonet depan kereta tadi.. Massyaallah.......keta takdak enjin !!!!!!.. Pe kes !

Patutla RM7,800..body saja....adessss.
Aku apa lagi..gelak guling2 atas katil smpai terkentut.



Moral citer nie : Lain kali sebelum beli kereta tanya dulu ada enjin ke tak ? hahahahha


Hasil Nurkilan : Mawar_Ungu

Sunday, June 20, 2010

Philips Bowling Tournament Event



KeBahaGiaN YaNg Ku InGiN MiLiki

KeNaPa KaU BiArKaN AkU DiSaAt AkU InGiNkAn KeBaHaGiAn, DaN AkU TaKuT KaU AkAn CuBa BaHaGiAkAn AkU DiSaAt AkU TiDaK LaGi MeMeRLuKaN KeBaHaGiAn ItU...









Hasil Nurkilan : Mawar_Ungu

Wednesday, June 16, 2010

Syawal Terakhir

Haji Ibrahim merenung kaki kanannya yang kudung. Sudah lima tahun kaki kanannya itu dipotong akibat penyakit kencing manis yang dihidapnya. Dia tidak punya pilihan samada nyawanya atau kakinya. Walau mulanya dia berdegil tapi akhirnya dia bersetuju juga bila doktor yang merawat menyatakan kemungkinan nyawanya akan melayang kalau kakinya tidak dipotong kerana kuman-kuman sudah mula merebak.


Walau baru jam sembilan malam, keadaan sekitar Rumah Orang-Orang Tua Cheras sunyi dan tenang sahaja. Hujan rintik-rintik semenjak petang tadi masih belum lagi teduh. Dipegangnya tongkat besi yang tersepit di celah ketiaknya. Tongkat ini telah menjadi teman setianya buat sekian lama. Digosok-gosok tongkat itu perlahan-perlahan.

Dia sendirian saja duduk di bangku rotan berenda rumah kebajikan itu. Matanya dipejamkan. Ditarik nafasnya panjang-panjang kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Diam tak diam telah hampir sepuluh tahun dia menjadi penghuni tetap rumah kebajikan ini. Sendirian tanpa pernah dikunjungi oleh sesiapa pun baik satu-satu anak perempuannya sendiri.

Kalau isterinya masih hidup mungkin tidak sebegini. Arwah isterinya meninggal dunia akibat penyakit barah payudara. Setelah setahun isterinya mengidap penyakit itu, akhirnya dia pergi buat selama-lamanya. Dia kehilangan insan tersayang yang menemaninya hidupnya selama tiga puluh tahun.

Sejak itu, dia seakan tidak dipedulikan lagi. Anak perempuannya sendiri menganggap diia sebagai beban untuk menjaga dirinya yang mengidap penyakit kencing manis. Malah telah tidak sanggup lagi menjaganya dan akhirnya telah menghantar dia ke rumah kebajikan ini. Dua bulan menghuni rumah kebajikan ini, dia melarikan diri kembali ke rumah anaknya, Malangnya anaknya tidak lagi menginap di situ. Tiada tempat hendak dituju, dia merayau-rayau tanpa hala tuju dan akhirnya menjadi pengemis untuk mendapatkan makanan. Sewaktu sedang mengemis di jambatan Pudu Raya, dia ditahan oleh pegawai kebajikan masyarakat lalu dihantar semula ke Rumah Orang-Orang Tua Cheras.

Kini dia tidak lagi berfikir untuk melarikan diri. Kudrat dan usia tuanya yang telah menjangkau 70 tahun ditambah lagi dengan penyakit kencing manis telah menyekat pergerakannya. Kini dia hanya ingin menamatkan usia tuanya di rumah ini bersama-sama rakan-rakan yang senasibnya.

Jauh di sudut hatinya, dia sedang menanti dan terus menanti. Dia sedang menanti anaknya dan cucu-cucu datang mengunjungnya. Cukuplah walau sekadar untuk bertanya khabar tentang dirinya. Tidak lama lagi Syawal akan menjelma. Mungkin ini Syawalnya yang terakhir. Kuman-kuman telah bersarang di segenap tubuhnya. Dia tidak mampu bertahan untuk Syawal yang akan datang. Biarlah Syawal yang terakhir ini, sebelum menutup mata, dia dapat menatap wajah anaknya dan mendakap mesra cucu-cucunya. Dia teramat rindu kepada cucunyanya, Ikin, Fahrin dan Farah. Pasti cucu-cucunya sudah besar panjang.

Dia sering berdoa memohon kepada Yang Maha Kuasa moga mempertemukan kembali dia dan keluarganya. Dia pasti tuhan akan mengkabulkan permintaannya satu hari nanti. Bukankah Maha Pencipta rindu pada doa-doa hambanya. Bukankah Allah hampir kepada hamba yang sering berdoa kepadanya. Air matanya telah kering. Kerinduan dalam penantian ini telah terlalu lama ditanggung hingga air mata pun tidak lagi mahu mengalir keluar.

“Ya, Allah, Ya tuhanku, kembalikanlah mereka kepadaku sebagaimana engkau mengembalikan Nabi Yusoff kepada bapanya Nabi Yaakub. Kerinduan ini tidak tertahan lagi. Hanya kepadaMu aku bermohon dan berharap. Penantian ini begitu menyakitkan tetapi aku tetap redha. Apakah ini kifayah kepada setiap dosa-dosa yang telah aku lakukan?”

Kini hampir setiap malam dia bermimpikan arwahnya isterinya. Mimpi yang sama. Isterinya menangis di satu padang yang luas tanpa penghuni. Sering juga dia bermimpi anak perempuannya datang mencium tangannya. Mimpi ini sering datang bersilang ganti.

Namun kisah silamnya hingga membawa dia terlantar di rumah orang-orang tua ini tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Malah tidak juga kepada Ponnusamy atau pun Leong yang menjadi rakan baiknya disini. Katil mereka bertiga pun bersebelah.

“Haji, apa bikin sorang-sorang kat sini?” Tegur Ponnusamy tiba-tiba sambil menepuk bahunya perlahan.

Haji Ibrahim terkejut sedikit. Dia membalas dengan senyuman tanpa berkata apa-apa. Tiada patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Direnung sahaja pada tubuh kering Ponnusamy. Jelas terlihat tulang rusuk di dada Ponnusamy. Lelaki tua kurus keding ini memang jarang memakai baju di waktu malam, malah senang berlenggeng sahaja. Nasibnya dan nasib Ponnusamy hampir sama. Ponnusamy mengidap lelah. Kalau didatangi penyakitnya, batuk terkongkullah tanpa henti Ponnusamy sepanjang malam. Dulu Ponnusamy seorang peniaga kain di Jalan Masjid India. Nasibnya malang, bila perniagaannya merosot, isterinya pula mati dilanggar kereta sewaktu melintas jalan untuk menghantar makanan kepadanya. Selepas itu Ponnusamy sering saja mabuk-mabuk. Tidak tertahan dengan kerenahnya, anak-anak Ponnusamy sepakat menghantarnya ke rumah kebajikan ini.

“Sudah lah Haji, apa lagi Hj tunggu. Kalau dia orang sayang sama Haji mesti dia datang. Hari raya lagi dua tiga hari.” Pujuk Ponnusamy sambil menepuk-nepuk belakang Haji Ibrahim. Sesekali dia terbatuk-batuk.

‘Haji, kalau ada apa masalah, Haji cerita sama saya. Kita sudah lama duduk sini. Haji sudah macam saya punya abang. Kita bukan ada orang lain lagi Haji. Kita sudah kena buang sama kita punya keluarga la Haji! Kita duduk sini tunggu sampai matilah Haji! Tak tahulah siapa mati dulu. Hajikah atau saya? Itu Tuan Allah punya kerja.” Sambung Ponnusamy lagi sambil duduk di sebelah Haji Ibrahim.

Kata-kata Ponnusamy begitu menyentuh hatinya. Lelaki India ini tenang sahaja bagai tiada apa yang digundahkan. Lelaki itu melipat daun sireh lalu disuap ke mulut dan dikunyah perlahan-lahan. seolah sedang menikmati satu ketenangan yang hakiki. Hakikatnya seperti dia juga , ada peristiwa silam begitu melukakan hatinya.

Benar seperti kata Ponnusamy. Mereka di sini adalah insan terbuang. Tiada siapa lagi yang memperdulikan mereka. Kepada siapa lagi ingin meluahkan rasa terpendam selain dari rakan-rakan yang senasib. Sekurang-kurang luahan itu akan dapat mengurangkan sedikit penderitaan yang ditanggung selama ini. Bukan Haji Ibrahim tidak mahu bercerita tentang sejarah silamnya, cuma dia malu. Mungkin inl adalah balasan tuhan terhadap dosa-dosanya kepada ibunya terdahulu.

Mereka berdua terdiam sejenak sambil memerhatikan suasana malam yang kian sepi. Malam seakan bergerak perlahan. Hujan yang turun sedari petang tadi sudah mula serik. Haruman bunga kemboja kembali menerjah-menerjah.

“Haji dan Pak Cik Ponnusamy. Sila masuk ke bilik sekarang. Pergi tidur. Malam dah larut, Jangan berembun kat luar nanti sakit. Kalau sakit nanti saya juga yang susah!” Laung Kak Midah penjaga rumah kebajikan kepada mereka berdua.

Haji Ibrahim dan Ponnusamy bangkit perlahan-lahan bergerak masuk ke dalam rumah. Ponnusamy memegang erat tangan Haji Ibrahim memimpinnya masuk ke katil mereka yang bersebelahan kerana lampu bilik telah dipadamkan.

“Haji, Ponnusamy, apa bikin dua-dua luar sana? Apa pasal tadak ajak sama saya?” Terdengar suara Leong di dalam kegelapan.

Ah Leong, lelaki cina yang berusia sekitar 80 itu memang seorang yang ramah. Ada sahaja yang ingin dibualkannya. Walau pun agak berusia lanjut tapi masih sihat tanpa sebarang penyakit. Leonglah yang akan mengejutkan untuk sembahyang subuh kalau Haji Ibrahim tidak terjaga dari tidurnya. Lepas mengejutkan Haji Ibrahim, Leong akan melakukan senaman Tai Chi. Katanya dia sentiasa sihat kerana selalu melakukan senaman Tai Chi.

“Tidurlah Haji. Jangan fikir banyak-banyak. Esok pagi saya kejut Haji sembahyang. Nanti Haji minta sama Tuan Allah apa yang Haji mau! Haji tidur baik-baik nanti dapat mimpi baik-baik.” Ada kemesraan yang ihklas dalam suara Leong.

Haji Ibrahim memejamkan matanya. Berusaha untuk segera tidur. Namun fikiranya masih melayang terbayangkan arwah isterinya, anaknya dan cucu-cucunya. Ponnusamy di sebelahnya telah lama terbuai mimpi, hanya dengkuran kasar Ponnusamy sahaja yang terdengar.

Sebaik terlena, Haji Ibrahim termimpikan arwah ibunya. Arwahnya ibunya yang berselubung dengan telekung putih datang menghampirinya. Wajah arwah ibunya masam sahaja. Arwah ayahnya yang berdiri di sebelah arwah ibunya juga dengan muka yang masam sambil merenung tajam ke arahnya.

“Kau anak derhaka! Kau anak derhaka!” Jerit kedua-duanya.
****
Ibrahim mengeluarkan pakaian ibunya yang tersusun di dalam almari pakaian lantas dimasukkan ke dalam satu beg besar. Beberapa helai baju kurung, kain batik dan telekung ibunya digumpal-gumpalkannya sahaja tanpa dilipat dengan rapi. Hatinya masih panas membara dengan leteran isterinya semasa bersahur tadi. Walaupun di dalam bulan puasa ini sepatutnya dia lebih bersabar, leteran isterinya itu tadi membuatkan dia menjadi marah.

“Berapa kali dah Imah cakap dengan abang. Hantar je ibu abang tu ke rumah orang-orang tua, habis cerita. Ini tidak. Tengok tu, habis dikencing dan berakkan katil tu. Bilik ni dah berbau busuk abang tahu!.” Jerkah Imah isterinya yang tidak lagi tertahan dengan kerenah ibu mertuanya.

“Ibu abang tu dah nyanyuk! Pasal tu kencing beraknya merata. Saya dah tak sanggup nak jaga ibu abang lagi. Lebih baik abang hantarkan ke rumah orang-orang tua. Atau saya yang keluar dari rumah ni!” Jerit Imah mengugut sambil bercekak pinggang..

“Boleh tak awak bersabar sedikit. Emak abang tu dah tua, memanglah macam tu.” Jawab Ibrahim perlahan sambil meneguk segelap teh panas. . Seleranya untuk bersahur hilang walau pun makanannya yang terhidang di atas meja sememangnya kegemarannya. Ibrahim hanya mendiamkan diri walau pun hatinya pedih mendidih mendengar leteran isterinya. Ada sahaja tentang ibunya yang tidak kena di mata isterinya.

“Sabar! Sabar!. Itu je yang abang tahu. Saya pun kerja, balik rumah kena layan ibu abang lagi. Saya penat melayan kerenah mak abang. Makan pakainya, berak kencing saya yang jaga. Itu belum lagi kerenah anak kesayangan awak tu!” Balas isterinya lantang. Pinggan yang dipegang dihempas kemeja.

Zaharah, anak tunggal mereka hanya memerhatikan pertengkaran kedua ibubapanya tanpa berkata apa-apa. Gadis yang baru berusia lima belas tahun hanya diam sambil menghabiskan makanan yang masih tersisa di dalam pinggannya. Anak gadis itu memang amat menyayangi neneknya itu. Neneknya itulah satu-satu tempat dia bergantung kasih sayang kerana kedua ibubapanya sibuk dengan kerjaya masing-masing hingga lalai memberikan kasih sayang kepada Zaharah.

“Sudahlah tu, pagi esok abang hantar mak ke rumah orang-orang tua!” Bentak Ibrahim menamatkan pertengkaran mereka suami isteri.

Jam lapan pagi, Ibrahim mengejutkan ibunya. Terpisar-pisar mata ibunya bila dikejutkan secara kasar begitu. Ibrahim lantas menyuruh ibunya segera mandi dan bersiap secepat mungkin. Tergesa-gesa ibunya ke bilik mandi tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Beg ibunya telah diletakkan di dalam kereta. Kereta buatan luar negara yang baru dibelinya dua minggu lepas itu dihidupkan enjin. Pagi ini telah dibulatkan keputusannya untuk menghantar ibunya ke rumah orang-orang tua di Kuala Kubu Baru. Rumah Orang-Orang Tua yang jaraknya lebih dari seratus kilometer dari rumah mereka itu sengaja dipilih oleh Imah.

“Kau nak bawa emak ke mana ni Ibrahim? Kenapa ada beg besar dalam kereta?” Soal ibunya cemas dan kehairanan sebaik melihat sebuah beg besar kepunyaannya berada didalam kereta.

“Emak jangan banyak soal!. Emak ikut je. Kami nak bawa mak ke rumah baru. Emak akan lebih terjaga di situ!” Bentak Imah keras sambil masuk ke dalam kereta.

“Kau nak bawa emak kemana Ibrahim? Mak tak nak pergi! Mak tak nak pergi!. Mak nak duduk di sini je! Ibrahim, tolong Jangan buat mak macam ni” Rayu ibunya. Tangan ibunya memegang kuat pintu rumah sambil menangis.

Ibrahim dia tidak menjawab. Ditarik tangan ibunya sambil diheret masuk ke dalam kereta. Tidak langsung memperdulikan rayuan ibunya. Tiada lagi kasihan belas terhadap ibunya telah tua itu terpamer di wajah Ibrahim. Imah isterinya hanya mendiamkan diri di tempat duduk hadapan kereta. Tidak sedikit pun terlihat riak wajah simpati terhadap ibu mertuanya.

Zaharah yang terdengar jerit suara neneknya segera berlari keluar dalam keadaan tergesa-gesa terus memeluk neneknya yang telah berada di dalam kereta.

“Ayah Jangan buat nenek macam ni! Kasihan nenek ayah, Jangan ayah, Jangan bawa nenek pergi! Zara sayangkan nenek!” Jerit Zaharah sambil menangis.

Jiran-jiran sebelah rumah memerhatikan dengan penuh simpati. Apalah daya mereka untuk masuk campur dalam urusan keluarga jiran mereka itu. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala menyaksikan peristiwa itu.

Kereta itu bergerak laju meluncur keluar tanpa memperdulikan Zaharah yang berdiri merayu kepada kedua orang tuanya.

“Ayah tak patut buat nenek macam tuuu!! Zara dendam ayah! Zara dendam ayah!” jerit Zaharah menangis teresak-esak sambil berlari masuk kembali rumah.

Rumah Orang-Orang Tua Kuala Kubu Baru menyaksikan sekali lagi peristiwa yang menyayat hati. Ibrahim mengheret ibunya keluar dari kereta. Imah, isterinya pula membimbit beg pakaian ibu mertuanya masuk ke dalam rumah Orang-Orang Tua itu. Terdengar suara tangisan si Ibu. Penghuni-penghuni Rumah Orang-Orang Tua itu hanya mampu memerhatikan sahaja. Sebentar lagi mereka akan menerima seorang lagi kawan baru yang senasib dengan mereka. Air mata mereka mengalir, namun redha untuk menerima seorang lagi ibu yang dibuang oleh anaknya.

Sejam kemudian sebuah kereta meluncur keluar dengan lajunya dari rumah orang-orang tua itu. Di belakangnya seorang perempuan tua berlari-lari mengejar kereta itu sambil menangis memanggil nama anaknya berulang kali. Kereta itu terus laju lalu hilang dari pandangan seorang ibu tua yang sedang menangis hiba.

Esok Syawal menjelma. Buat pertama kali dalam hidupnya seorang ibu tua, dia menyambutnya dengan air mata dan dengan tangannya tidak lagi dicium dan dikucup oleh anaknya, menantunya dan cucunya.

Itulah juga kali pertama dan kali yang terakhir kereta itu mengunjungi Rumah Orang-Orang Tua Kuala Kubu Baru. Tidak ada lagi kunjungan hinggalah si ibu tua menghembuskan nafasnya yang terakhir.

****
Fajar Sywal mula menyinsing. Takbir memuji kebesaran Allah berkumandang tidak henti dari segenap pelusuk alam. Insan bergembira meraihkan satu kemenangan dalam peperangan menentang hawa nafsu. Ramadhan ditinggalkan dengan kesayuan oleh mereka-mereka yang beriman dengan Yang Maha Esa.. Apakah Ramadhan akan datang masih diperuntukan untuk mereka.

Haji Ibrahim masih berteluku di masjid. Sebaik selesai solat sunat Idul Fitri, dia ingin beriktikaf sejenak atas limpah rahmat Allah yang masih mengizinkan dia untuk menikmati indahnya Syawal kali ini. Dipanjatkan doa dengan sepenuh harapan agar permintaannya selama ini dimakbulkan tuhan. Dia terlalu rindukan anak dan cucu-cucunya. Moga mereka akan datang melawatnya di sini. Telah sepuluh kali Syawal datang dan pergi mereka tidak pernah datang mengunjunginya. Andainya mereka tidak datang, dia sedia memaafkan mereka.

Malam tadi dia bermimpi lagi. Dia bermimpi isterinya sedang menangis di satu kawasan yang gelap gelita. Tiba-tiba api yang marak menyambar isterinya dan membakar hangus hingga menjadi abu. Kejadian itu berulang-ulang. Kemudian dilihat arwah kedua ibubapanya pula menjelma dengan wajah yang masam sambil menjerit perkataan anak derhaka kepadanya. Sebaik terjaga, azan dari masjid berhampiran terdengar sayup-sayup. Dia menangis menyesali segala perbuatannya.

Sebaik usai doanya, Haji Ibrahim memegang tongkatnya untuk berdiri. Tiba-tiba dia merasa kesakitan mula menjalar di seluruh badannya. Rasa sakit itu pantas menuju ke jantungnya. Pandangan mula kelam dan akhirnya gelap. Dia tidak dapat melihat apa-apa. Pendengarannya pula mula menuli. Perlahan-lahan sekelilingnya mula sunyi, suara dan bunyi di sekelilingnya hanya sayup-sayup dan akhirnya tiada lagi suara dan bunyi kedengaran. Pernafasannya mula tersekat. Sukarnya untuk bernafas, seakan-akan ada selonggok duri-duri tajam yang tersengkang di kerongkongnya, terasa amat perit. Tongkatnya terlepas, dia jatuh menyembam ke lantai masjid.

Ponnusamy berjalan tergesa-gesa di antara celah-celah orang ramai yang datang menziarahi Rumah Orang-Orang Tua Cheras. Matanya melilau-lilau mencari seseorang.

“Leong! Leong! Lu ada nampak Haji ka? Saya cari dia tarak jumpa la.” Laung Ponnusamy sebaik ternampak Leong yang sedang menikmati hidangan hari raya di satu sudut ruang tamu rumah orang-orang tua itu.

“Wa tak tau la! Wa ingat dia pergi sembahyang sana masjid.” Jawab Leong sambil dilengukkan lehernya mencari susuk badan Haji Ibrahim tapi tidak terlihat. Ada riak kerisauan di wajahnya. Dia khuatir terjadi apa-apa yang buruk kepada Haji Ibrahim kerana dua tiga hari ini dilihatnya kesihatan Haji Ibrahim agak merosot.

“Semua orang sudah balik masjid la Leong. Dia sorang saja belum balik!” Jawab Punnosamy kerisauan.”Lu tahu ka? Lu nampak itu tiga orang berdiri dekat pintu. Itu dia punya cucu datang mahu bawa dia balik rumah!

Kak Midah berlari tergesa-gesa berlari mendapat dua orang gadis dan seorang pemuda yang telah sekian lama berdiri di situ.

“Atuk kamu rebah di masjid tadi waktu solat hari raya tadi. Mereka dah bawa dia ke hospital. Baru sekejap tadi. Mungkin masih dalam perjalanan lagi Baik kamu ke sana segera. Dia tak sedarkan diri!”

****
Ikin memandu kereta agak laju tapi berhati-hati. Jarak rumah orang-orang tua itu cuma 10 kilometer sahaja. Namun terasa begitu jauh sekali. Air matanya mengalir. Perasaan rindu kepada datuknya yang telah lama tidak bertemu begitu memuncak. Fahrin dan Farah menenangkan kakaknya. Sememangnya di antara mereka Ikin sebagai kakak yang sulung paling rapat dengan datuk mereka. Manakala Fahrin dan Farah pula hanya ingat-ingat lupa kerana waktu itu mereka masih lagi kecil berbanding dengan Ikin.

Sebaik menghantar datuknya ke rumah orang-orang tua, mereka sekeluarga berhijrah ke Australia. Sejak itu Ikin tidak lagi berjumpa dengan datuknya. Namun sebulan yang lalu semasa menghabis musim cuti, mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mereka bertiga selamat tanpa apa-apa kecederaan. Malangnya ayah mereka mati di tempat kejadian, manakala ibunya cedera parah dan dimasukkan ke hospital. Sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, sempat dia berpesan agar Ikin dan adik-adiknya pulang ke Malaysia mencari datuk mereka dan memohon maaf datuk bagi pihak ibu mereka.

Sebaik tiba di hospital, kebetulan Haji Ibrahim sedang diusung di atas katil bergerak oleh petugas bahagian kecemasan menuju ke bilik ICU. Ikin dan adik-adiknya bergegas mengejar dari belakang.

“Atuk!”
“Atuk!”

Ikin segera mencapai tangan datuknya. Dipegang kemas-kemas tangan datuknya itu yang telah lemah longlai. Ikin terasa tangan datuk berusaha membalas pegangannya walau pun agak lemah dan tidak berdaya. Bibir datuknya kelihatan bergerak-gerak seakan ingin membisik sesuatu.

“Atuk! Ini Ikin. Cucu atuk datang. Fahrin dan Farah pun ada atuk. Kami nak bawa atuk pulang ke rumah kita! Atuk ini Ikin!” Ikin membisikkan ke telinga datuknya tetapi tiada balasan dari datuknya. Air mata Ikin mengalir membasahi pipinya.

“Atuk mengucap tuk! Ashaduallahillahahillah….” Ikin membisikkan kalimah suci ke telinga datuknya. Dilihat bibir atuknya bergerak perlahan.

Beberapa orang lelaki yang berpakaian putih seperti doktor berlari-lari masuk ke dalam bilik ICU itu. Beberapa peralatan dipasang ke badan datuknya. Mereka sedang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan datuknya. Ikin, Fahrin dan Farah terpaku di situ, walaupun diminta menunggu diluar oleh seorang jururawat yang berada di situ.

Tiba-tiba dilihat lelaki itu semua berhenti melakukan sesuatu ke atas datuknya. Mereka berbisik sambil menggelengkan kepala dengan jururawat tadi. Mereka telah melakukan segalanya. Wajah mereka muram. Tubuh datuknya juga sudah tidak lagi memberi apa-apa reaksi. Diam dan kaku. Ketentuan Allah mengatasi segalanya. Tidak sesaat dicepatkan dan tidak sedetik dilewatkan.

Jururawat tadi menghampiri mereka sambil membisikan sesuatu. Ikin menangis teresak-esak sambil memeluk kedua-dua adiknya. Mereka bertiga menerima kenyataan takdir Allah. Air mata mereka gugur mengalir di pipi.

Ikin, Fahrin dan Farah tunduk mencium dahi datuknya tanda rela melepaskan datuk mereka pergi menghadap Yang Maha Esa. Perlahan-lahan seorang jururawat menutup muka datuk mereka dengan sehelai kain putih. Syawal ini adalah syawal terakhir untuk mereka rayakan bersama-sama datuk tersayang.

Saturday, June 12, 2010

Petua Perubatan Islam Dengan Garam.


Dalam hadis nabi, ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk."


Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.

Kegunaan garam
1.Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2.Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

3.Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4.Mengubat ghout. Ghout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5.Merawat cirit-birit. Direa boleh diubat dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6.Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

7.Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

8.Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9.Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10.Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11.Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12.Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam nota 10.

13.Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
----------------------------------------------------------
Petua perubatan Islam, Kuliah Magrib Ust. Hanafi Bin Abd. Rahman, 28 Mei 2010. Masjid al-Hidayah, Sentul, KL.

Tuesday, June 8, 2010

Pic Bersama Artis

Bersama Omar Abdullah

Bersama Remy Ishak

Bersama Wartawan Melodi..lupa nama lak.

Bersama JJ , Norkhiriah dan Aruah Lolok.



Lan LnJ(Perserta Raja Lawak)

Barisan Pelakum Manjalara
Arash Mohd
Aznil Hj Nawawi(masa muda)

Faizal Ismail(Hot FM)

Faizal Ismail

Wahid & Farra Fauzana (Melodi)

Norkhirian( Bintang Kecil-Hotel Grand Continental)

Ann Abdullah

Fizo Omar

Isma Daniel(KL)

Kieran

Pic PerKahwiNan...















Kenangan Pertama kami bergambar tahun 1993( Di kebun Bunga)






Menangani Rasa Cemburu


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.

Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.

Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.

Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga.

Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.

Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.

Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri

Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.

Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.

Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang.

Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).

Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.

Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.

Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.

Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.

Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.

Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.

Oleh ZUHAYATI YAZID



__,_._,___

Saturday, June 5, 2010

Menyintai

Menyintai bukan bererti memiliki,


Memiliki bukan bermakna menakluki,

CiNTa itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.



*~*~*~*

Relakanlah

Telah berulang kali aku nyatakan niat di hati untuk membalut luka hati mu namun kau masih meragui keikhlasan cinta ku.


Sayang… bukalah pintu hati mu. Biarlah apa yang telah berlaku kau tinggalkan menjadi sejarah. Tidak ku minta kau lupakan sejarah itu kerana sejarahlah yang mengajar kita erti kehidupan hakiki. Namun ku pinta bukalah lembaran sejarah yang baru di hati mu. Penuhkanlah ia dengan cerita cinta dan kasih sayang yang baru. Aku berjanji sayang tak akan ada lagi air mata sedih yang akan mengalir lewat sepasang mata nan indah itu.

Sayang jangan takut mencuba lagi kerana kegagalan itu bukan untuk selamanya. Bila kita membiarkan ketakutan menguasai hati, kita biarkan kegagalan itu datang lagi.

Sayang… cinta pertama bukanlah cinta yang seharusnya abadi. Jika ia mampu kekal bersyukurlah tetapi bila ia pergi relakanlah. Aku tidak akan mungkin menjadi cinta pertama mu tapi benarkanlah aku menjadi cinta terakhir mu…

Terlupa.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

PUISI CINTA ISTANA


Wahai sayang ku...!
Aku telah membeli sebuah istana untuk mu!

Lihatlah sayang….
Ditepian sana ada sebuah taman
Ada air pancuran
Engkau tentu gembira.

Maafkan aku sayang..!
Kerana telah menyakiti mu
dan aku merasa malu
di pancuran istana itu....
engkau boleh mencuci luka mu
Walaupun engkau dan aku sudah pun tahu
Bekas parutnya tidak pernah akan hilang
Sepuluh zaman dari sekarang!

Kenyataan

Disetiap sudut hati manusia akan lahirnya
satu perasaan yang tidak dapat..
Denggupan jantung akan menjadi lebih kencang dari hari biasa yang dilaluinya..
Cinta itu hadir tanpa diduga..setiap saat setiap detik menjadi amat bermakna..Kehadirannya dinanti..Kepergiannya ditanggisi....

Berkenalan denganmu satu kenangan
Bersenda denganmu payah ku lupakan
Merinduimu satu Keindahan
memilikimu satu Kenyataan...

Merana


Mencintai seseorg tidak semesti kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana tak semestinya mampu membahagiakan kita....


Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuat kan dirinya merana.