Monday, May 31, 2010

Akulah Ratumu..

├Éahulu akulah Ratumu…akulah Permaisurimu….

Didadaku hanya ada kamu dan dijiwamu akulah
Cahaya cintamu....

Kini segalanya Pudar ditelan masa
Puncak kasih yg kita impikan Retak ditgh jalan...
Istana yg kita bina Hanyalah satu persinggahan..

Alangkah indahnya Andai dpt ku undur masa
Namun aku hanya Manusia biasa...
Takdir dan waktu menemukan kita semula..
Mungkinkah satu Suratan atau kebetulan
Untuk Bersamamu kali kedua...

Segalanya indah utk dikenang…
Namun amat pahit utk ditelan.
Demi waktu yg berlalu....
Aku Pasrah dengan ketentuannya....

Ketahuilah ..,
Jika kau bulan...akulah bintang yg menyinarimu..
Jika kau pantai..akulah ombak yg berlagu riang....
Jika kau kumbang..akulah MAWAR yg tercipta
untukmu....


Hasil Nurkilanku......Mawar_Ungu

Thursday, May 27, 2010

Air Mata Malam Pertama

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.


Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

"Ana dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti."Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang.

Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. "Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

"Assalamualaikum!" Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

"Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

"Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. "Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku perlahan.

" Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia." Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu.

Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku. Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

"Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.

"Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.

"Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana."

"Apa!!!"Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. "Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku.

Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

"Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

"Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana.”

Ujar mak setelah sekian lama membisu.

"Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi.

"Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.

"Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.";

"Ini cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.

"Ahhhhgggg..."Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin." Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak kemana tu?"Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi."Jawabnya.

"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.

"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

"Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

"Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. " Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."

"Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.

"Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum.

"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi."

"Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..;gatal la abang ni!" Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

"Apa yang Ana menungkan ni?"Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.

"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

"Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.

"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

"Sayang..." Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.

"Ana ikut aje kemana abang nak bawa."

"Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.

"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda.

"Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. "Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?"

"Ish...abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."

"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.

"Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil.

"Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

"Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."

"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.

Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.

"Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

"Habistu apa yang sayang menungkan ni?" Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.


"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..

" Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

" Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

" Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.

" Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian.

Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.

" Pasal peminangan tu." Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

" Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

" Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

" Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

" Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

" Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu. Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

" Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.

" Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. " Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

"Bang...."Seruku.

"Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.

"Malam ni abang nak.....nak. ...."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.

Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya...

" Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum.

"Ah..abang ni..."Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku.

" Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya. Rasulullah bersabda:

"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada." Rasulullah bersabda:

"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda:

"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia." Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali. Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata.

Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

"Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

"Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.." "Zul sakit ke?" Tanya ayah.

"Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya.

"Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.

"Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk.

"Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."

" Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."

"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."

"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah."Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea"

"Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan.

"Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika.

Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku. " Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.


Amin..

Friday, May 21, 2010

Sirna CInta

"Abang ada something nak tanya,"

"Pe dia ?"
Abang busy tak?"
"Tak sayang..dah balik kerja nie,tengah rehat-rehat jea,"
"Leh tak kite jumpe?"
"Em..sayang nak jumpa bile?"
"Hm..bile abang free?"
"Sabtu nie abang free,"
"Em..ok.."
"Sayang rindu abang ke…"
Soalan tu tak berjawab.
"Hm..kite jumpe Sabtu nie kat tempat biasa,"
"Em..ok.."

"Kalau camtu ok lah,abang rehat la,lik keje penat,bye,Assalamualaikum"
"Sayang..." Belum sempat meneruskan perbualan,talian diputuskan.
"Waalaikumsalam," jawab lelaki perlahan.Apa yang tak kena dengan gadis ni!

Mengenakan sehelai jean dan blaus biru kegemarannya dia nampak ringkas tetapi itulah dia natural tanpa sebarang solekan.Menemui arjuna idaman bukan untuk memadu kasih tetapi untuk menetapkan satu keputusan.

"Assalamualaikm,"seru suara serak yang begitu dirindui olehnya.
"Waalaikumussalam abang dah sampai,duduk la,"tenang dia menjawab salam

Lelaki itu duduk dengan gaya yang disenanginya
"Hm...sayang nak makan?"
"Tak pela bang,saya dah kenyang"

"Hm..ni first time abang dengar, sayang kata kenyang," mereka tergelak bersama-sama.
Tiba-tiba suasana senyap seketika. Seorang Gadis termenung.

"Sayang..sayang ada masalah ke?" Lelaki cuba menyentuh jemarinya,tetapi dileraikan.Gadis menggeleng."You look weird honey"

Suasana hingar bingar di kafe itu tak mempengaruhi kesunyian yang bertamu diantara mereka berdua.Masing-masing melayan perasaan. "Saya ada sesuatu nak tanya abang"

"Apa dia sayang?" Suaranya membuat aku lemah, bukan sesuatu yang mudah untuk melangkah pergi, Ya Allah,kuatkan hati hambamu ini..

"Em..."

"Ye sayang cakap je," pandangan mata bagai panahan
"Em..abang sayang Aien?" Soalan itu terluah cukup untuk mmbuatkan lelaki itu mengerutkan dahinya

"Maksud sayang..."
"Abang sayang dia? Juz simple question bang.."
Perlahan aku melihat tampang itu mengangguk. Aduh, luka itu terguris lebih dalam,sebak mula bertamu di jiwa.

"Abang memang nak tunggu dia ke?" Bergetar suara itu

Lambat dia menjawab, "Ya sayang...."

"Abang...kalau betul abang nak tunggu dia, dan masih mengejar dia,mengharap cinta dia, abang pergilah"

Berkerut dahi lelaki itu
Gadis itu menyambung lagi, "Saya akan pergi dari hidup abang ,supaya lebih mudah untuk abang menumpukan pada dia sahaja"

"Tapi sayang...." lelaki itu cuba memotong

"Tak ada tapi bang..izinkan saya pergi,saya cukup terseksa hidup macam nie," Ya Allah tabahkan jiwaku,suara itu makin menggeletar. "Tak perlulah abang risaukan saya , saya masih muda,perjalanan hidup saya masih panjang, Insya Allah mungkin ada orang lain untuk saya,saya redha bang,"

"Sayang…." Roman lelaki itu berubah, tidak ada senyuman,mendung muncul di wajah itu. Terlukakah dia ? Ah,takkan mungkin dia terluka , selama ini dia mana ada perasaan.

"Usahalah bang, kalau abang betuk-betul ikhlas nak dapatkan dia dan jujur pada cinta abang , Insya Allah dia untuk abang, abang jangan kecewakan dia,jangan buat dia sakit, saya doakan abang dari jauh. Kalau nanti abang nak kahwin jangan lupa jemput saya"

Gadis tergelak,ketawa yang agak sumbang di pendengaran. Tanpa sedar setitis air mata mengalir di sudut matanya

Lelaki itu tak bersuara hanya menatap dengan pandangan mata tajam pada gadis,tak diketahui apa yang ada difikirannya sekarang.

"Mulai hari ini ingatlah saya sebagai adik abang bukan kekasih abang" gadis mulai tenang
"Terima kasih segalanya atas apa yang telah abang lakukan pada saya,menjaga saya dan maafkan saya untuk segala kekurangan dan kelemahan saya yang telah membuat abang sakit..." keluhan panjang terluah dari mulut gadis,masing-masing menatap wajah tanpa sebarang kata yang terucap.

"Bang..dah lewat ni saya nak balik,"
"Sayang...abang nak tanya sesuatu,"
"Ye bang.."
"Sayang dah tak sayang abang ke?"
"Bukan tak sayang bang,tapi itulah yang terbaik untuk kita berdua,untuk abang,"
Gadis bangun, "Saya balik dulu bang,Assalamualaikum,"
Tenang Gadis melangkah pergi.Lelaki tersandar pada kerusi. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ni....

Sedang menunggu LRT, tanpa sedar air mata seorang Gadis mengalir jua,laju tanpa batasan.Menangislah Gadis,semoga dapat menghapuskan kepiluan di hati.Bukankah air mata itu anugerah terindah untuk wanita,di saat suka dan dukanya.

Tuhan,tabahkan hatiku,sudah lama aku mengambil masa untuk mewaraskan fikiranku dan aku menyedari yang inilah jalan terbaik untuk aku.Tuhan bantu aku untuk lupakan dia,tenangkan jiwaku,restuilah jalan yang kupilih ini.Tuhan luputkan cintaku padanya,semoga cintaku padaMu akan lebih bertambah.Tuhan tolong hambaMu ini.

Dah berpuluh-puluh kali aku menelefon,handset di offkan,mesej dah berpuluh-puluh dihantar tapi tak berbalas.Kemana Gadis,sayang... dia serius ke dengan apa yang dia cakap tu,tapi....hm..entah la..seorang Lelaki terbaring di atas katil...

Siapa yang tak menginginkan kebahagiaan dalam hidup? Semua orang inginkan kebahagiaan,aku lebih rela terluka kerana aku bahagia memandangnya bersama dengan orang yang dicintainya,walau hati ini terguris.Memori indah akan kekal dalam ingatan tapi kenangan pahit akan lenyap seiring perjalanan waktu.

Dah berpuluh-puluh e-mel yang dilayangkan,shout out di friendster dan my space,Gadis mana awak...sayang..jangan tinggalkan abang...

Buat apa menyesali apa yang telah terjadi,kita memang selalu tak menghargai apa yang membawa kebahagiaan kepada kita,sehinggalah ,kita harus kehilangannya.

Telefon rumah berdering:

"Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam,"
"Gadis ada mak cik?"
"Em..takde...sape nie?"
"Ni Lelaki mak cik,"
"O...Lelaki..Gadis dah lama tak balik,sibuk kot,telefon pun jarang-jarang je,"
"O...yeke makcik, dia tukar nombor fon ke makcik?"
"Yeke? Tak tau la pulak makcik,kenapa?"
"Em..takde lah mak cik,terima kasih mak cik,bye,assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam," mama menamatkan perbualan.Gadis menggenggam erat tangan mamanya, "Thanks ma," sambil mengucup pipi mamanya.

"Takpe..mama faham,"

Gadis melentokkan kepalanya di bahu mamanya.

"Gadis.."
"Ye ma..."
"Ada apa-apa antara Gadis dan Lelaki ke?"
"Hm..mama..."
"Tell me honey.."

"Dia ada orang lain," pendek jawapan Gadis.

"Since when?"
"Last year.." Mama mengerutkan dahi.
"Bukan ke korang couple of the year tahun lepas?"
"Hm..ma kite tak tahu rahsia Tuhan..."
"So macam mane skarang?"
"Macam mana ape?"

"Yela Gadis dan Lelaki?"
"Ma Gadis nak cari haluan sendiri,"
"Ok.mama will be behind you always honey.."
"Hm…"
"Gadis…gadis.." panggilan itu tak berjawab.Gadis terlentok dibahunya.Mama mengejutkan Gadis tapi Gadis tak bangun-bangun.

"Gadis sayang....jangan buat joke kat sini.." Mama berusaha mengejutkan Gadis tapi tak ada sebarang respon..Gadis pengsan !

"Kenapa tak bagitau mama hal ni Gadis?"
Gadis cuma tersenyum lemah, "Takpela ma sikit je,"
"Sikit apanya Gadis,doktor dah bagitau segala-galanya pada mama,"
Gadis cuma tersenyum hambar.

Gadis kenapa tak nak share ngan mama,"
"Gadis tak nak susahkan mama,'
"Seumur hidup ni Gadis dah susahkan mama tau,untuk yang ni mama tak rasa susah pun,"
Gadis cuma tergelak sambil menggenggam lemah tangan mamanya.
"Mama..."
"Ye sayang..."

"Em...Gadis teringin sangat...."
"Teringin apa sayang..."
"Gadis nak mamam bubur ayam,"
"La...Gadis ni,takutkan mama je...ingatkan apa tadi...nanti mama masak,k,"
Mama mengucup dahi Gadis,betapa dia menyayangi anaknya yang satu ini.

Melihat Gadis yang terbaring di atas katil hospital,membawa ingatan Mama kepada arwah suaminya yang meniggal dunia kerana penyakit barah paru-paru.Gadis ketika itu berusia 6 tahun,masih kecil untuk memahami kematian seseorang.

Gadis begitu tabah pada luarannya,siapa tahu apa yang bermain di mindanya,jauh di sudut hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.

"Morning Gadis..."
"Morning Doc," Doktor Rizal,doktor yang merawat Gadis.
"So how do you feel today?"
"Em...ok.."

"Hm...good...takde demam,nak balik tak?"
"Nak la doc,bosan la duk sini.."
"Hm...ok saya bagi Gadis balik hari nie,tapi kalau demam atau rasa tak sihat,please datang hospital tau,"

"Yes doc! I know" sambil tergelak riang.
Doktor Rizal turut sama ketawa, "Gadis nie...macam adik saya,"
"Yeke doc,umur dia berapa?"
"Sama la macam Gadis,21 tahun,"
"O...yeke,sebaya la..em..dia cumil tak?"
"Cumil Gadis,macam Gadis la.."

"Yeke..em..dia buat apa sekarang,belajar lagi ke..ke dah kawin,hahaha.."

Gadis ketawa lagi.
"Takdelah,"
"Dah tu?"

"Dia dah meninggal?" Gadis mengerutkan dahi.
"Kenapa?"
"Leukimia,tahun lepas,"
"Oh...I'm sorry"
"Its ok,takpe," Gadis buat muka cemberut.
"Sebab tue la saya nak Gadis rajin-rajin makan ubat,buat treatment tau,"
"Insya Allah doc,"

"Ok good girl,dah kemas-kemas la nanti nak balik rumah,"
"Ok doc,"

Sayang,sayang pergi mana....abang menyesal tinggalkan sayang....Gadis please....jangan buat abang macam ni,abang buta dengan cinta abang pada Gadis. Abang anggap Gadis sebagai penghalang kepada kasih sayang pada dia, tapi abang terkhilaf Gadis,rupanya dialah penghalang kasih sayang abang pada Gadis.Dia menipu abang Gadis,dia hanya ingin mengikis duit yang dimiliki oleh abang.Gadis..tolong lah kembali pada abang.

Aku cuba menelefon kawan-kawan Gadis di kolej dan aku mendapat berita yang mengejutkan. Gadis telah berhenti daripada pengajiannya di kolej.Perkara ini mengejutkan aku kerana Gadis bukanlah berasal dari keluarga yang miskin,keluarganya agak berada dan dia hanya anak tunggal.Kawan-kawannya juga tidak mengetahui di mana Gadis sekarang,kerana dia menghilangkan diri sejak berhenti dari kolej.

Kemana dirimu sayang,kenapa buat abang macam ni.Kenapa sayang membisu macam ni.Kenapa sayang melarikan diri.Sayang.......

"Ting tong..."
"Gadis tolong tengok siapa yang datang?"
"Ye mama"
Pintu dikuak,
"Assalamualaikum,"
"Walaikumsalam,eh,doc,"

"Siapa Gadis?" mama bertanya dari dapur.

"Doktor Rizal mama,"
"Oh...jemputla masuk ..."
"Ye ma,"
"Sape yang jemput Doktor Rizal ma?"
"La...mama yang jemput Rizal,"
"Eh...baik la pulak,"

Mama tergelak, "La..kan hari ni birthday Gadis,mama jemput Rizal datang lunch kat rumah,"

"Um...jemput makan je ke...mana hadiahnya.."

"Isy..Gadis nie.." mama cuba mencubit mulut Gadis.Gadis hanya tergelak melarikan diri.

Rizal tergelak, "Ada Gadis,cuba tengok kat luar," Gadis tersenyum dan berlari keluar.

"Wah...besarnya!!!" Gadis tergelak riang,betapa manis wajah gadis ini,sambil memeluk teddy bear yang hampir sama besar dengannya itu,dia menghampiri Rizal dan mama.

"Um...lembutnya..thanks doc,"
"Abang Rizal Gadis…Abang Rizal."
Gadis menepuk dahinya, "Aik sejak bila pulak jadi abang nie," Mereka tergelak bersama-sama.
Mereka menikmati hidangan yang disediakan oleh mama,Gadis berselera menikmati hidangan,mama dan Rizal tersenyum.

"Jom Abang bawa Gadis jalan-jalan hari ni nak?" Gadis membeliakkan matanya,dah lama dia tak jalan-jalan,apatah lagi sedang menjalani rawatan kemoterapi,dia diminta berehat di rumah.

"Boleh ke Rizal?" mama bertanya.
"Boleh makcik,lagipun saya rasa dah lama kan Gadis tak jalan-jalan,"
"Boleh ke Rizal...mama risau la,"
"Insya Allah makcik takde apa-apa lah,"
"Hm..abang nak bawa saya jalan-jalan kat mana?"
"Kita pi Cosmo World nak tak?"
"Em...Gadis nak sangat pergi situ..."
"Ok..abang bawak jalan-jalan ek,"

Kesian mama agaknya dia terseksa,dah la dulu papa meninggal sebab kanser jugak,sekarang aku pulak yang ikut jejak papa.Hm..nak buat macam mana dah memang takdir tuhan siapa yang boleh halang.

Seronok betul Gadis apabila di bawa berjalan-jalan oleh Rizal.Terkurung dalam rumah bukanlah life style yang disenangi oleh Gadis.Gadis mengenakan t shirt kegemarannya dan menutup kepalanya dengan sehelai skaf,menutup kepalanya yang kian menipis hari demi hari.

"Bang Rizal,"
"Ye Gadis,"
"Thanks,"
"Untuk apa?"
"Yela bawak Gadis jalan-jalan,belanja Gadis,belikan Gadis teddy bear,"

"Em..Gadis kan birthday girl,mestila abang manjakan Gadis,tapi Gadis kena janji dengan abang satu perkara,"
"Apa dia bang?"
"Gadis kena rajin makan ubat,ambik rawatan,ok?"
"Ok la...um..sayang abang,"pantas Gadis memeluk lengan Rizal.
"Jom duduk Gadis kat bangku tu,Gadis nak aiskim tak?"
"Nak...tapi abang tau tak apa yang Gadis suka makan?"

"Em.takpe nanti abang teka," sambil tersenyum Rizal berlalu pergi.
Dalam seketika dia kembali, " Nah," dia menyuakan aiskrim sambil tersenyum.
"Wah..pandainya abang! Mana abang tau.." dengan pantas Gadis menikmati aiskrim,triple delight,sape yang tak suka.

"Ha..pandai tak abang teka? Pandaik kan? Classic Vanilla, Minty Mint ngan Burst Raspbery," Gadis terseyum sambil asyik menjilat aiskrim di tangannya. Gadis merasa sangat bahagia,sambil makan dia melentokkan kepala pada bahu Rizal.

Diluar kesedaran mereka,sepasang mata sedang memerhati kelakuan mereka dengan amarah di dada.

Hm...hari nie birthday Gadis, valentine day,hari berkasih sayang, tapi sayang dapatkah abang rasa sekali lagi kasih sayang tue? Teringat aku pada permintaan dia bila melhat teddy bear yang sebesar dia di Jaya Jusco dulu,tadi aku pergi,tapi teddy bear tu dah dibeli orang,maafkan abang sayang,abang tak sempat nak beli untuk sayang. Abang juga ingat yang sayang nak pergi Cosmo World,sayang nak main roller coaster,tapi sayang,mana sayang sekarang,abang tak dapat tunaikan permintaan sayang.Mana sayang menghilang,

Lelaki duduk di atas bangku,melihat orang ramai yang lalu lalang dihadapannya,berharap semoga ada diantara wajah-wajah dihadapannya itu ialah Gadis,tapi hampa,semua tu cuma harapan semata.Matanya tiba-tiba terpaku pada satu pasangan yang sedang makan aiskrim dihadapan bangkunya.Dia seperti pernah melihat perempuan yang memakai skaf itu,disisi seorang jejaka yang tak kurang kacaknya.Apakah itu Gadis? Terlentok di bahu lelaki itu.Gadis...abang terluka!

Lelaki menghampiri pasangan itu,memang sah itu Gadis.Mana mungkin dia dapat melupakan wajah Gadis yang sentiasa menemani tidur malamnya.Apabila menghampiri pasangan itu dia bersuara.

"Gadis..." Perempuan itu menoleh,memandang tepat pada matanya,mata hitam pekat itu tak mungkin dapat dilupakan oleh Lelaki.

"Ya encik , ada apa? Boleh saya bantu?"Eh mamat nie,apahal,tiba-tiba aje datang sini,mengganggu ketenteraman awam betul. Eh melutut pulak,apahal mamat ni,nak bersandiwara apa pulak. Rizal menggelengkan kepalanya,melihat gelagat lelaki yang berada dihadapannya ini.

"Gadis," Lelaki bersuara,perempuan itu masih menundukkan kepalanya
"Abang tau nie Gadis,kenapa tak nak pandang abang, sayang?"

Lelaki merintih,tidakkah Gadis tau yang aku benar-benar sayangkan dia? Rizal memandang sandiwara itu dengan dahi yang berkerut,siapa lelaki ini? Akhirnya Gadis mengangkat muka,tak tega dia untuk memandang tampang Lelaki itu,kekasih yang amat dirinduinya dengan sepenuh jiwa raganya.

"Gadis kenal ke siapa nie?" Rizal bertanya. Gadis mengangguk.Lelaki cuba memegang tangan Gadis.

"Jangan sentuh saya!" Tegas suara itu.Terkesima Lelaki apabila mendengarnya,suara itu keras dan serak.Gadis....mana suara manja sayang? Mana suara cinta yang membuatkan abang makan tak kenyang?

Rizal bangun dan menarik Lelaki ke belakang.Sedang ingin memulakan perbualan,terlihat Gadis yang sudah terkulai,Gadis pengsan!

"Saya tak tau...." Lelaki menggumam sambil mengeluh berat.
"Hm...thats the true story,she's dying Lelaki,soon,very soon," Rizal bersuara lagi.
"Saya tak tau yang dia tinggalkan saya sebab nie,"

"Hm...entah la Lelaki, i think you should read this,"

Rizal menghulurkan diari merah hati milik Gadis,lalu meninggalkan Lelaki disitu,disisi Gadis yang masih belum sedarkan diri.Lelaki duduk di kerusi,lalu membuka helaian pertama diari itu.Fotonya bersama Gadis semasa menyambut ulang tahun pertama perkenalan mereka,mereka menyambut bersama kawan-kawan di Genting Highland.Betapa indahnya kenangan itu,apatah lagi apabila melihat coretan dibawah foto itu, 'you're the one and only,eternal forever'

Abangkah yang buta Gadis?
Terlukakah abang?

26/10/05
Hari ni aku mengenali seorang lelaki,entah dari planet mana jatuhnya aku pun tak tau... yang pasti hatiku dipikat dan ingin meneruskan perkenalan ini.Nice to meet you....Lelaki!

09/02/06
At last,hari nie kiteorang declare as couple.Walaupun ada kawan-kawan aku yang tak suka pada dia,maybe jarak umur atau…apa ek? Entah...aku tak kisah.He's perfect for me.Lelaki...thanks to be in my life!

15/03/06
Hari first cuti semester,Lelaki bawak aku keluar jenjalan.Dia bawak aku naik 'eye on malaysia' . Cutenya dia,satu tangan pegang patung pooh kesukaan aku dan satu tangan lagi pegang aiskrim kegemaran aku.Lelaki….betapa saya sayang abang.

04/05/06
Hari nie birthday Lelaki tapi aku tak dapat luangkan masa dengan dia.Minggu nie aku terlalu sibuk dengan assignment.Terkesan keluhan kecewa apabila aku menelefonnya dan memberitahu yang aku tak dapat menemaninya pada hari jadinya. Maafkan sayang bang…

30/08/06
Hari ni aku sibuk,malamnya di kolej ada sambutan kemerdekaan.Tambahan pula dengan handphone yang rosak,dah seminggu aku tak menghubungi Lelaki. Ah,takpelah taulah dia yang aku tengah sibuk sekarang.Hm… tapi rindu jugak hati nie,nape dia tak cari aku ek? Persoalan bertamu di hati.

04/09/06
Cuti hujung minggu dah lama betul aku tak balik rumah,sibuk sangat dengan kuliah an acara-acara di kolej.Mama umpan aku dengan cakap yang dia nak masak sedap-sedap,tapi rupa-rupanya mama belikan aku handphone baru,huhuhu…3G gitu.

05/09/06
Semalam dia menelefon,petang tue aku menghantar mesej padanya mengajak dia keluar,berhajat untuk mengubati rindunya.Aku tau yang dia sibuk,kerja,over time,tapi aku siapa? Hm…aku cuba mewaraskan fikiran.Apa yang dibualkan malam itu adalah sesuatu yang sangat mengganggu fikiran dan emosi.Apa salah aku,kenapa dia buat aku macam ni? Adakah kerana aku tak selalu disampingnya? Atau kerana aku tak memperdulikannya? Lelaki sanggup awak?

Dengan lancar dia bercerita mengenai seorang wanita yang dikenalinya di tempat dia bekerja.Aku tak tahu apa yang ada difikirannya saat ini,buat kali pertama aku menangis atas perlakuan orang yang aku sayang.

06/09/06
Hari nie aku terbangun dengan mata yang agak sembap.Hm...lemahkah aku hanya kerana sebuah cinta? Mama betanya padaku kenapa aku murung,aku hanya tersenyum dan berkata bahawa aku bermimpi ngeri.Tapi hidup mesti diteruskan,aku belum clash dengan dia,tapi...apa nama hubungan ni ek,cinta segi-segi ke? Huhuhu....

21/09/06
Tadi dia menghubungi aku dan mengajak aku keluar,aku keberatan nak keluar bersamanya,buat apa berjumpa jika hanya untuk menyakitkan hati..Tapi dia lebih pandai dari aku,sebelum dia menelefon aku,dia telah menghubungi semua kawan-kawanku,malah mama juga turut diberitahu dan akhirnya aku terpaksa mendengar bebelan mama yang membuatkan aku terpaksa bersetuju.

Lelaki membawa 'cheezy wedges' kesukaan aku dan kami melepak di Taman Tasik Permaisuri melihat kanak-kanak yang bermain riang membuat aku terhibur.Aku terkesan dengan wajahnya yang sugul dan tak terurus.Berbeza dari kebiasaannya yang bergaya.Dia bersuara,bercerita mengenai bahawa dia telah ditinggalkan oleh perempuan itu an perempuan itu sebenarnya tunangan orang. Perkara yang paling mengejutkan aku ialah perempuan itu rupanya lebih tua daripada dia,26 tahun.Aku tak memberikan sebarang komen,malas...biarlah dia seorang yang menanggung kesakitan tue,dia yang nak sangat cari penyakit.Selepas meluahkan segalanya aku meminta dia supaya menghantarku pulang.

30/09/06
Dia kembali seperti biasa,orang sekeliling memandang kami sebagai pasangan yang bahagia,sangat bahagia.Tapi apa yang ada dalam hati? Tiada orang yang mengerti betapa berat hati ini menanggung.

15/10/06
Dah tak lama menjelang ulang tahun perkenalan kami,aku bercadang nak belikan sesuatu untuk dia,tapi masih tak tahu lagi.Hm...dah setahun kami berkenalan.Banyak sangat barang yang boleh dijadikan hadiah dan akhirnya aku memilih untuk membelikan dia I pod sesuatu yang sangat diingininya sejak dari dahulu lagi.Aku memilih warna hitam yang lebih sesuai dengan personalitinya.

26/10/06
Hari ni genap setahun perkenalan kami,tak disangka perjalanan kehidupan yang tak disengajakan menjadi sejauh ni,seindah ini. Indahkah? Hahaha....hanya Tuhan yang tahu apa yang ada dalam hati.

Lelaki membawa aku ke Genting Highland.Tapi bukanlah hanya kami berdua,turut mengikuti kami ialah sahabat-sahabat yang dipercayai. Aku sangat gembira,dimanjakan olehnya dengan layanan-layanan ala puteri,sangat membuat aku rasa terbuai..Makanan kegemaran aku,lagu kesukaan aku,semuanya complete,dia benar-benar seorang yang perfectionist.Aku tak tahu berapa lama aku tersenyum..sebentuk cincin emas tersarung dijariku.

Tanpa sedar,lelaki menyapu air mata yang mengalir di tepi matanya...Gadis...

03/11/06
Setelah usia perkenalan kami setahun,barulah dia menceritakan mengenai kisah silamnya.Kisah cinta,kisah hidup.Tapi ada satu cerita yang asyik diulang-ulang olehnya,kisah cinta lamanya,cinta pertamanya.Pertama kali mendengar,

sudah tentu tidak mengapa,tapi apabila berkali-kali mendengarnya,orang yang pernah disayangi,dicintai,mana mungkin hati ini dapat bertahan.

Apabila bercerita mengenai kisah silamnya,suaranya bernada girang,matanya bersinar bercahaya,betapa dia benar-benar cintakan perempuan itu.

Perempuan yang berhubungan dengannya selama 6 tahun,yang dipuja dan disayangi dan menjadi first kissnya.Tidak ada satu detail pun yang tertinggal apabila dia bercerita mengenai perempuan itu.Akukah yang cemburu?

Gadis....abangkah yang tak menyedari penderitaan Gadis? Air mata di lopak hati tak dapat lagi dibendung.Perlahan-lahan mengalir di lompang itu.

07/11/07
Hari ini sekali lagi kejutan untukku,dia meminta untuk menumpukan perhatian pada kerja,sekaligus melepaskan kami dari ikatan ini.Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh Lelaki...inikah akhiran cinta kita?

01/12/06
Aku membisukan diri,aku keliru..dia minta aku lepaskan dirinya supaya dia dapat menumpukan pada kerja.Sudah aku lakukan kenapa dia masih ,bersumpah cinta sayang,sedangkan dia meminta sesuatu yang berlainan daripada apa yang diucapkan.

15/12/06
Aku rasa tak sedap badan..lemah jea.Entah kenapa,sekejap sejuk,sekejap panas,em...nak demam kot...hm...

02/01/07
Hm...keputusan darah aku dah kluar..well Gadis you're not the lucky one! Berita yang disampaikan oleh doktor muda tue disambut dengan senyuman pahit oleh aku.Tapi kenapa aku? Tuhan dah mencipta untuk seseorang itu bahagiannya.

10/01/07
Lelaki masih menghubungiku dan aku masih mampu berbual dengannya

15/01/07
Next test dah berlalu,result pun dah kuar...bad luck..kanser nie dah sampai stage 3.Kemoterapi adalah satu-satunya jalan perubatan untukku.Hanya Tuhan yang memegang jalan takdir aku samada aku dapat bertahan atau tidak.

16/01/07
Aku melihat refleksi wajahku di cermin...Abang...nanti tiada lagi senyuman nie untuk abang,dulu pipi nie merah tapi sekarang dah pucat,bibir nie, yang abang geram sangat dulu-dulu.Sekarang dah menggelupas,pecah dan pucat,tiada lagi bibir merkah delima yang abang puja-puja...em...rambut,abang ingatkan....masa kita mula-mula kenal dulu,rambut saya sama macam abang...tapi bang,em...sekarang cantikkan,panjang,hitam,berkilat macam yang abang suka,tapi dapat ke bertahan rambut nie bang? Dulu abang selalu membebel,cakap saya makan banyak,tak diet,sebab tu saya gemuk.Tapi bang,sekarang saya dah susut,tapi tak cantiklah bang.....

20/01/07
Lama berfikir...aku harus lupakan Lelaki dia da masa depan yang cerah dan aku? Entah bila esok atau lusa akan pergi dan tak kembali.Hm....

25/01/07
Hari nie aku akan berjumpa Lelaki.Meluahkan perkara yang harus diluahkan,mengakhiri perkara yang harus diakhiri,memutuskan apa yang telah terputus.Dan....aku berjaya mengakhiri kisah ini.Terkesan riak terkilan di wajahnya,tapi apa yang aku fikirkan hanya satu yang aku dan dia dah tidak ada hubungan yang istimewa lagi.

02/02/07
Dah seminggu aku mendiamkan diri.Jangan cari diri ini lagi Lelaki.Aku harus pergi.Lelaki menelefon ke rumah,mujurlah mama berkompromi dan mengatakan yang aku dah lama tidak balik ke rumah. Mama..mama dah tau mengenai hal ini...dia terkejut,tapi dia seorang yang tabah,aku tau...dengan pemergian papa lama dahulu,aku tau yang mama akan dapat terima kenyataan ni.Memahami hakikat bahawa aku menghadapi takdir hidup yang sama dengan papa.

13/02/07
Esok birthday aku..aku teringat janji Lelaki untuk membelikan teddy beardan membawa aku jalan-jalan ke Cosmo World. Sebenarnya hati ini rindukan dia,Lelaki.

Ternyata dia masih sayangkan aku....masih rindukan aku,masih ingin dicintai dan disayangi oleh aku.Sayang...kenapa abang tak nampak kasih sayang yang sayang curahkan.

Lelaki membelek-belek diari di tangannya.....em hari nie 14/02/07.Birthday Gadis,aku ingat...rupanya lelaki yang menemaninya ialah doktornya,Encik Rizal.Gadis maafkan abang sayang....

Lelaki ingin sekali menggenggam tangan Gadis,mencium tangan lembut tue,sesuatu yang sangat dirinduinya,sesuatu yang sangat dikesalinya sekarang ,kerana tak pernah bersyukur pada kasih yang diberikan oleh Gadis.

Lelaki berteleku di tepi Gadis,air matanya perlahan mengalir di pipi.
"Gadis kenapa abang tak nampak pengorbanan Gadis? Kenapa abang terlalu mengikut perasaan hati? Siapa yang lebih menyayangi abang tanpa pernah berkira mengenai perkara-perkara lain? Kenapa abang buta dengan paras dia? Pekak dengan rayuan Gadis? Kenapa abang keliru dan bisu dalam memilih orang yang abang sayang? Kenapa abang Gadis? Kenapa abang tak dapat memiliki Gadis dulu dan sekarang pun tak boleh? Gadis...

Teresak-esak Lelaki menangis,runtuhnya ego seorang lelaki,melihat permata hati yang baru disedari terbujur lemah,baru dia mengerti erti kasih dan sayang,tapi dapatkah dia menebus kesilapannya? Setelah apa yang telah berlaku

Gadis berasa seperti ada beribu-ribu jarum sedang menyucuk-nyucuk tubuhnya,sakit,kebas,tak mampu dia untuk membuka mata,walaupun dia berusaha sedaya upaya.Terasa seperti ada kehadiran seseorang disisinya,dan dia berasa seperti pernah berada dekat dengan orang ini,bau perfumenya,mengingatkan dia pada Lelaki....dia berusaha lagi,perlahan-lahan,melawan kesakitan yang dirasai,dan apabila dibuka terserlah wajah Lelaki yang lesu,sedang tidur,berteleku.

Gadis berusaha untuk menggerakkan tangannya,berusaha dan sangat teringin nak membelai rambut hitam berkilat milik Lelaki,sesuatu yang sangat digemari oleh Gadis,dan apabila disentuh,sudah tentu reaksi Lelaki ialah menyeringai kegelian.

Gadis berusaha dan akhirnya dia berjaya,menyentuh rambut Lelaki...dia membelai,perlahan-lahan,tanapa dapat dikawal air matanya mengalir,betapa sukmanya begitu merindui seorang insan bernama Lelaki ini,betapa dia ingin disayangi oleh Lelaki ini,hanya ini tiada yang lain.Gadis menjamu matanya dengan tampang Lelaki,insan yang pernah bertakhta dihatinya dan sekarang pun masih bertakhta,tak pernah berubah....tak pernah berganjak.Lama dia merenung wajah itu,hidung mancung Lelaki,kumis yang sudah mula tumbuh melata,alis mata dan tangan kekarnya yang menggenggam erat jemari Gadis.Abang...Gadis rindu.....

Lelaki tersedar dari lenanya,dia terasa geli,terasa tangan lembut yang sangat dirinduinya,terasa sesuatu yang menusuk-nusuk dalam hatinya,betapa dia sangat merindui pemilik tangan ini.Perlahan Lelaki membuka matanya.Gadis....abang rindukan sayang.....

Mereka berdua terpaku,saling memandang diri masing-masing degupan jantung berdetak kencang,kalaulah kata hati dapat didengar,hanya suara rindu yang sedang bergema.Perlahan Lelaki bangun dan duduk disebelahnya,Gadis tidak menunjukkan sebarang reaksi.Perlahan Lelaki mengangkat kepala Gadis dan menaikkan keatas pahanya,tanpa sedar air mata mereka menitis dan bersatu.

"Gadis..." perlahan Lelaki menyebut namanya,bergetar suara itu,getar penuh kerinduan,dendam dan kasih sayang.Gadis hanya membisu.

"Gadis...." sekali lagi Lelaki memanggil dan mengusap kepala Gadis,air matanya mengalir lagi apabila di tapak tangannya,segumpal rambut Gadis.

"Gadis....maafkan abang sayang..."Lelaki berbisik di telinga Gadis.

"Untuk apa....." lemah pertanyaan Gadis.

"Untuk segalanya sayang,kasih sayang Gadis,kerinduan Gadis,perhatian Gadis,maafkan abang sayang,tak menyintai Gadis sepenuh jiwa abang," Tak henti-henti Lelaki mencium dahi Gadis sambil air matanya laju menitis.

"Abang jangan la menangis,buruk...." Gadis bersuara sambil cuba mengesat air mata Lelaki,Lelaki tersenyum sambil mencium tangan Gadis.

"Takpe...asalkan Gadis jangan tinggalkan abang lagi," Gadis hanya tersenyum tawar,takdir Tuhan siapa yang tahu.Lelaki membelai kepala Gadis,air matanya masih saja lagi mengalir,sambil tak putus-putus mencium tangan Gadis...betapa dia tak mahu lagi kehilangan Gadis.

Disebalik pintu ada dua insan yang turut sama menitiskan air mata,mama dan Doktor Rizal.
"Abang,"
"Ye sayang,"
"Abang kena kumpul duit tau,"
"Kenapa lak?"

"Yela skarang kan belanja kahwin mahal,"
"Hm? Abang nak kahwin ngan sape? Ngan Gadis?"
"Taklah,"
"Bis tue?"
"Em...nanti bila abang dah jumpa wanita yang sesuai dengan abang ,abang kahwin la ngan dia,"

"Abang kan dah ada Gadis..."

"Gadis? Hm...."
"Kenapa tak boleh?"
"Gadis takut tak sempat nak hidup bersama dengan abang,"
"Syh...Gadis,tak nak cakap camtue,tak baik,takdir Tuhan tiada siapa yang tahu,hidup mati,jodoh pertemuan,"

"Nanti bila Gadis dah tak ada,abang bacakan Yassin untuk Gadis ye bang,"

"Ye sayang, Insya Allah," bergetar suara Lelaki menahan sebak di dada.

Gadis semakin sihat,berselera nak makan,nak keluar bersiar-siar kat taman,mereka sangat gembira melihat Gadis riang dalam waktu-waktu kesengsaraan ini.

Tapi waktu kedukaan tiba juga,janji Tuhan tak pernah terlewat walau sedetik.....

Selesai menunaikan solat Isyak,Lelaki bercadang untuk solat hajat,usai dia berdoa dan bangun berdiri,seorang jururawat menghampirinya,dan membawa berita,Gadis kritikal!

Lelaki dengan pantas ke CCU,melihat mama yang tersandar lemah di kerusi,Lelaki menghampirinya,mama hanya tersenyum tawar, "Janji Tuhan tak pernah lewat Lelaki," mama bersuara.Gadis kritikal kerana terdapat pendarahan pada bahagian otaknya.

Melihat Gadis yang terbaring lemah,berselirat dengan wayar-wayar penyambung nyawa,mendengar bunyi mesin bantuan pernafasan yang berdetak...hatinya sayu....

"Sayang...." Lelaki menyeru nama itu,Gadis tenang,Lelaki memegang tangan itu,sejuk,pucat. "Sayang,jangan tinggalkan abang boleh tak?" Tiada jawapan,sunyi,hanya keheningan mengisi suasana.Perlahan Lelaki mengeluarkan surah Yassin dari poket

kemejanya.Dia membacakan Gadis surah itu disepanjang malam itu,tak tega dia untuk meninggalkan Gadis walau untuk sekejap,tak sanggup lagi dia.

"Lelaki,pergilah balik,mandi,salin baju,makan,"

"Takpelah makcik,saya ada bawak baju ganti,saya puasa makcik,"jawab Lelaki sambil menghamparkan sejadah,dia ingin solat dhuha,masih disisi Gadis.

"Kalau boleh saya nak Gadis lihat wajah saya bila dia sedar nanti,"
Sayu hati mama apabila mendengar kata-kata Lelaki,insan yang baru menyedari cinta sejatinya,kejamkah takdir? Jika memisahkan cinta ini...

Selepas menunaikan solat,Lelaki memperdengarkan Gadis bacaan ayat Al-Quran sambil berdoa supaya jika Tuhan ingin mengambil Gadis pergi,semoganya ianya akan berlaku dengan cepat,tanpa menyakitkan Gadis,tapi jika belum tiba masanya,semoga Tuhan menyembuhkan dia dari penderitaan yang ditanggung.

Beberapa kali Lelaki tesedu-sedan apabila membaca Al-Quran,terhenti-henti sambil air matanya menitis.Dia mencuba untuk meredakan hatinya,cuba berpositif,walaupun dia tahu yang sebenarny Gadis benar-benar kritikal.Dia juga bercerita mengenai kisah-kisah mereka,kisah seribu kenangan.

3 hari sudah Gadis dalam keadaan koma,tiada sebarang perkembangan yang positif hanya statik dan tak berubah.Tak jemu-jemu Lelaki membacakan Al Quran dan bercerita kepada Gadis.Dia bekerja daripada bilik wad itu,teganya dia untuk tidak meninggalkan Gadis walau seketika,itu janji dia.Dan bila mama bertanya dia cuma menjawab pendek, "Saya tak mahu kehilangan dia lagi,"

Khusyuk,Lelaki baru menghabiskan bacaan surah Yassin di tepi Gadis.
"Abang.."perlahan suara itu dari dada.Lelaki terkejut.
"Sayang,"pantas Lelaki bangun dan mencium dahi Gadis,dia memanggil Rizal,mama pun turut sama masuk,perasaan berbaur,antara gembira dan cemas.Mereka memberi laluan kepada Rizal untuk membuat pemeriksaan.

"Sebenarnya...Gadis berada dalam keadaan yang sangat kritikal,sistem badannya semakin lemah,kita berserah saja pada Tuhan,ye mak cik?" Mama hanya mengangguk dan Lelaki tersandar di pintu.

Apabila mereka masuk ke bilik yang menempatkan Gadis,Gadis sedang tersenyum.
"Mama,abang..."lemah suaranya tapi jelas.
"Mama terima kasih,abang terima kasih,"ucap Gadis.
"Kenapa Gadis?"serentak mereka bertanya.

"Gadis dengar mama dan abang bacakan Quran untuk Gadis,"mereka serentak mengangguk.
"Ma..."
"Ye sayang..."
"Tadi Gadis jumpa papa,"

"Gadis?"
"Papa ajak ikut dia,"
"Gadis?"
"Gadis setuju,Gadis tak mahu susahkan mama,Gadis sakit,Gadis perlu pergi,"
"Gadis...."perlahan air mata mama mengalir.
"Tapi Gadis minta nak jumpa mama dan abang dulu,"Gadis berkata-kata dengan polosnya.
"Sayang...."Lelaki mula sebak.

"Mama halalkan makan minum Gadis dari Gadis tercipta sampai sekarang,Gadis minta maaf sebab susahkan mama,lukakan hati mama,buat mama risau,Gadis sayang mama tapi Gadis kene pergi,mama doakan Gadis yea,"

"Ye sayang,mama halalkan makan minum Gadis,mama...." mama tak dapat meneruskan katanya,hatinya sebak seperti dihimpit seribu batu.

"Abang,"

"Ye sayang,'

"Abang terima kasih untuk segala-galanya,"Lelaki hanya mengangguk, "Abang maafkan saya tau,saya banyak buat salah pada abang,sakitkan hati abang,maafkan saya,"

"Syh....sayang....."Lelaki melekapkan jari telunjuknya pada bibir Gadis,supaya dia senyap.Gadis menyambung lagi, "Saya sayang abang sangat-sangat,sampai sekarang,rasa tu tak pernah berubah.Nanti abang tolong tengokkan mama yea,abang anggap mama macam mama abang sendiri tau,boleh bang?"

"Boleh sayang..." Lelaki menggenggam tangan Gadis erat.

"Jaga diri baik-baik tau dan ingat pesan saya,kahwin cepat-cepat tau,"Lelaki cuma tersenyum tawar.Peluh mula membasahi dahi dan sekujur tubuh Gadis.Denyutan jantungnya semakin kencang.Lelaki menunduk dan berbisik ditelinga Gadis,kalimah syahadah.Gadis menyebutnya dengan perlahan-lahan dan seterusnya keheningan mengisi suasana...Gadis dah pergi dengan tenang.

"Innalillahiwainnailahirojiun..."Lelaki mengusap muka Gadis dan menolong mengkiamkan tangan Gadis.Dia mengucup dahi Gadis buat kali terakhir.Sayangku dah pergi buat selama-lamanya.

Gadis dikebumikan di sebelah pusara papanya,mama tampak tenang menghadapi pemergian anak tunggalnya.Aku dah menukar panggilan makcik kepada mama.Sementelah pula ini adalah permintaan Gadis.Aku juga dah memberikan mama seorang menantu dan cucu perempuan yang comel untuk mama,ubati hatinya.

"Papa,"

"Ye sayang," Inilah Gadis,cucu kesayangan mama pengubat hatinya,adiratna pekaca padanya,biasan anaknya sendiri,Gadis.
"Jom la,nenek panggil minum,mama ada buat kuih," di belakang anak comel ini ialah isteriku,Salina,perempuan yang mengetahui semua kisah tentang aku dan Gadis.

"Jom bang,kita minum dengan mama,"

"Yela,jom,"



Lelaki menutup diari merah hati itu,diari yang menyimpan seribu kenangan antara dia dan gadis,insan tercinta.....

Tips-tips untuk menjadikan anda kelihatan begitu sibuk di pejabat:

1. buat timbunan buku-buku di atas meja. Lagi tebal buku itu, lagi bagus.

2. Jangan kemaskan meja. Buatkannya seselerak yang mungkin. Kalau boleh, sepahkan lagi dengan kertas-kertas projek, surat-surat rasmi yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda.

3. Jika ditangkap sedang browse ke laman web yang tidak berkenaan dengan kerja, sila beritahu yang anda sebenarnya sedang belajar software baru.

4. Bawa 2 sweater/kot yang serupa ke pejabat. 1 tinggalkan di kerusi, dan 1 lagi untuk anda ketika pulang. Ini untuk memperlihatkan yang anda seolah-olah masih ada di pejabat ketika lewat petang, walhal pada masa itu anda sudah tiba di perkarangan rumah.

5. Sentiasa kerutkan muka dan buat catitan di kertas jika menerima panggilan henpon, meskipun panggilan itu dari bini anda atau mertua yang menanyakan perkara yang tiada kaitan langsung dengan kerja.

6. Sentiasa mengeluh dan memicitkan dahi ketika waktu pejabat untuk meyakinkan bos yang anda sebenarnya sedang memikirkan penyelesaian kepada masalah pejabat, sedangkan sebenarnya anda tengah berfikir nak makan apa malam nanti.

7. Buat muka garang dan serius ketika menulis artikel TKO atau email yang tidak berkaitan dengan kerja, supaya rakan sekerja di depan anda menyangkakan yang anda sedang sibuk gila dengan tugas.

8. Sentiasa off henpon ketika waktu pejabat (seboleh mungkin) supaya semua semua call masuk ke voicemail dan jangan lupa meletakkan voicemail yang berbunyi "Sila tinggalkan pesanan anda dan saya akan membalasnya dengan seberapa segera kerana sekarang saya sedang menghadiri mesyuarat penting."

9. Sila balas panggilan atau voicemail yang ditinggalkan di dalam henpon daripada bos anda selepas waktu pejabat atau ketika waktu cuti kerana pada masa ini biasanya bos tidak akan melayan panggilan anda sebab sibuk main golf atau makan malam dengan client. Ini adalah teknik untuk meyakinkan bos bahawa anda seorang yang rajin dan tetap bekerja sehingga lewat waktu dan pada hari cuti.

10. Sila bawa fail jika mahu pergi minum di kantin/cafe. Orang yang membawa fail kelihatan seperti mahu pergi ke mesyuarat. Tetapi, jangan pula membawa surat khabar kerana ia kelihatan seperti anda hendak ke tandas.

Selamat berjaya!

Thursday, May 20, 2010

Orang Pertama..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS


2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW

Bagaimana Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka,
jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Tuhan Tdk Pernah Tinggalkan Kita

"...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."

Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan saya pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan 1000 kepayahan mendatang?

Kata-kata itu terpacul tatkala, saya masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang saya kira-kira 15 tahun lalu.

"Azamin...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan saya tertunduk.

"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang.

"Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.

"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata saya mula bergelinangan.

Dan dialog itu, terus menerkam sanubari, bilamana saya dihurung musibah. Kadang-kadang saya merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.

Bila saya mengaji dan terbaca terjemahan surah Al-Baqarah, ayat 155, barulah hati saya reda dan tenang semula.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"

Saya bertanya lagi kepada pakcik itu, kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding saya.

"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu.

"Kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah Azamin tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!

"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan saya terdiam seketika.

Ya benar, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.

Kira-kira enam tahun lalu, saya menerima panggilan bahawa bapa saudara saya meninggal dunia di utara. Berat sungguh ujian ketika itu. Sudahlah sayu dan pilu, saya yang 'kurang' harta ini pula bercampur-baur antara mahu pergi ataupun tidak menziarahi jenazahnya yang juga merupakan adik kepada bonda tercinta.

Saya di Kuala Lumpur, ibu di Negeri Sembilan dan jenazah arwah di Kedah sana. Kocek, cukup-cukup tampung perjalanan pergi sahaja. Kereta juga uzur. Saya bertawakal dan berserah diri bulat kepada Allah. Niat saya untuk membawa ibu, dan mengadap arwah buat kali penghabisan.

Dalam perjalanan, hati cukup resah tanpa disedari ibu, isteri yang sedang menyusukan anak sulung. Apakah sampai di sana nanti, saya akan mengemis atau meminta-minta belas ihsan mendapatkan wang untuk 'tambang' pulang.

Ya Allah, saya berdoa, jauhilah diri saya melakukan sebarang aib dan malu dimuka keluarga.

Selesai pemakaman jenazah, saya ditepuk seorang hamba Allah (pun sudah meninggal dunia empat tahun lalu) sambil bersalam dengan saya.

"Nah, wang belanja sedikit untuk Azamin. Pakcik dah pasang niat bila nampak Azamin tiba subuh tadi. Pakcik tahu Azamin pun susah payah datang sini..." katanya menyebabkan saya menangis termanggu-manggu.

Sangka orang, saya sayu menghadapi pemergian bapa saudara tetapi, saya cukup pilu kerana di sebalik kepayahan dan kerisauan, Allah 'menjawab' keresahan dan kerisauan saya dengan bantuan yang tidak diduga.

Peristiwa kedua cukup menyeramkan saya, ketika dalam perjalanan pulang daripada menziarahi pengebumian jenazah seorang bapa saudara (adik ayahanda saya pula) di Setiawan, Perak pada tahun yang sama. Waktu itu kira-kira 12 tengah malam.

Entah macamana, saya tersesat mencari jalan susur keluar menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tidak silap, saya berpusing di tempat yang sama, sekitar kawasan Cenderung Balai, Teluk Intan.

Malam cukup pekat. Tidak ada 'sebiji' kereta pun pada masa itu yang lalu lalang, apatah lagi orang pejalan kaki untuk saya bertanya haluan. Kiri kanan ladang kelapa sawit dan tiada lampu di sepanjang jalan raya.

Lebih menakutkan, tiada papan tanda atau 'sign board' penunjukk jalan kelihatan dan makin mengerikan bilamana minyak kereta sudah hampir habis. Aduhai.

Saya cuba untuk bertenang, supaya isteri yang duduk di kerusi belakang kereta sambil membelai anak berusia setahun tidak berkongsi kepayahan yang dilalui hati nurani ini. Apatah lagi, minyak kereta juga sudah kekeringan yang amat sangat. Lampu minyak, menyala tanpa henti menandakan bahaya bakal menimpa jika tidak diisi.

"Abang...rasa macam lama je...tak jumpa jalan ke?," soal isteri mengesyaki sesuatu.

"Taklah, abang tengah cari stesen minyak ni..." kata saya berselindung. Memang benar kata isteri, sudah lebih sejam saya memandu di kawasan yang sama, sama gelap dan likat tanpa jumpa jalan keluar.

Tiba-tiba saya nampak sebuah warung dipenuhi orang di sebelah bertentangan kanan jalan. Asalnya mahu gembira, tetapi terbit rasa aneh dan ganjil, bila sebuah warung, di sepanjang jalan gelap dipenuhi orang, jam 12 tengah malam. Sedangkan saya sudah melalui jalan tersebut berkali-kali, tetapi baru kini bertemu warung aneh di malam hari.

Sesat selama sejam

Lantas, dengan kocakan dada yang cukup berdebar, saya memberhentikan kereta di kiri jalan. Pada hemat saya, akal, minda dan perasaan saya sudah cukup letih dan berselirat sehingga melihat perkara-perkara aneh pula.

"Abang...kenapa berhenti?

"Rehat sekejap...rasa mengantuk sikit," kata saya menyembunyikan perasaan takut tadi. Sah..isteri saya tidak nampak, apa yang saya lihat.

Lalu, dengan kekuatan yang saya ada, saya baca surah-surah pendek seperti al-Ikhlas, al-Kafirun dan an-Nas. Lebih kurang 10 minit juga, saya cebiskan beberapa doa yang diajar bonda antaranya:

"Dengan Nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

"Ya, Allah selamatkan aku, isteri dan anakku daripada sebarang malapetaka. Kasihanilah anakku yang tidak berdosa," doa saya kepada Tuhan sambil merenung sikecil yang tidur lena sejak dari tadi.

Saya tarik nafas panjang, dan berserah pada Allah. Kelibat warung sudah tidak kelihatan dan kemudian saya memandu dan terus memandu tanpa hala tuju.

Tiba-tiba, kurang lima minit saya terlihat sebuah papan tanda tertulis 'Kuala Lumpur' dan lima minit kemudian, sebuah stesen minyak kelihatan di sebuah simpang empat.

Alhamdullilah, Allah menyelamatkan saya ketika saya berharap benar pertolongan-Nya.

Suatu hari, sekitar tahun 2002, rumah saya kehabisan, barang keperluan. Ketika itu, dalam hati saya berdoa, janganlah ada tetamu yang datang kerana tidak ada sebarang 'habuk' pun untuk dijamu. Buruk sungguh kelaku saya sehingga berdoa begitu. Bukan apa tetapi saya malu dan khuatir tidak dapat meraikan tetamu dengan juadah yang boleh dijamu.

Ya, kita fikir perancangan dan doa kita betul padahal Allah itu lebih menyayangi kita. Sebenarnya, sudah diajar jika ada tetamu, jamu dan layan sedaya mampu kerana kehadiran mereka, 'membawa' rahmat dan 'membersihkan' dosa.

Bonda saya ada berpesan, jika ada tetamu, apa yang ada di dapur jangan disimpan. Jamulah semuanya kerana utamakan tetamu adalah ajaran Nabi dan agama.

Lantas, selesai sahaja berdoa, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Doa saya tidak diperkenan, dan tetamu pun datang. Hati saya berbolak-balik. Saya memandang wajah isteri dan memberi isyarat bertenang. Dalam keadaan gelisah, kami mampu jua hidangkan 'teh o bujang' tanpa sekeping biskut pun ada sebagai hidangan.

"Tak pa, Min...kami datang ni nak tengok anak sulung awak, janganlah susah-susah. Lagipun kami ada hal lain lagi," sambil tetamu bersalaman, mengepilkan wang not RM50.00 ke telapak tangan.

Kemudian, air mata basah mula menjadi teman...

Benarlah kata Tuhan, Nabi dan agama. Janganlah kita memandai-mandai berdoa yang tidak baik atau berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah tidak pernah tinggalkan kita.

Apa-apa yang kita rasa dan lalui, adakalanya kita rasakan tidak baik bagi kita sedangkan ianya elok untuk kita dan hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.

Ujian yang bertindih, bertali-arus adakala membuatkan saya kerdil dan 'menyumpah' diri dengan kata-kata tidak baik seolah-olah dimurkai tuhan sedangkan ujian itu cukup baik dan manis bagi saya selepas itu.

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)

Teringat ketika, putus cinta lantaran kekasih meninggalkan diri saya yang sudah menjalinkan hubungan yang agak lama. Remuk hati dan berkecai perasaan.

Kasih yang dibaja, kononnya untuk membina mahligai, hancur di tengah jalan. Tahun itu, sekitar 1994.

Saya sujud dan bermunajat duka bahawa selepas ini, hanya Allahlah yang menentukan dan memilih buat saya tanpa perlu saya tercari-cari lagi, getus hati kecewa.

Saya adukan keperitan yang ditanggung kepada majikan, yang menjadi kawan rapat saya juga di kala susah. Saya ketika itu berusia 20an manakala majikan yang dikenali Encik Rakha itu, berusia lewat 40an.

"Beginilah min...kau rasa kereta proton Satria itu segak bergaya dan cukup cantik bagi kau sedangkan Allah nak 'mengurniakan' sebuah 'Mercedez Benz' bagi kau di kemudian hari...tetapi kau tak tahu lagi.

"Jika suatu hari nanti, kau dah dapat yang jauh lebih baik dari sekarang...jangan lupa beritahu aku," kata bos lelaki itu yang suka membahasa diri sebagai 'aku'.

Ya, setahun selepas saya berdoa duka lara itu, Allah sekali lagi 'menjawab' keresahan hati saya dan kini saya sekali tersenyum dengan simpulan kata-kata bos lelaki itu tatkala memandang tiga cahaya mata hasil perkongsian kasih nan bahagia bersama jodoh, isteri yang tercinta.

Ya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Dan tidak berlaku sia-sia. Sungguhpun perit dilalui ketika berlaku, di kemudiannya, Allah persiapkan kebahagiaan dan kejayaan setelah lama bersabar.

Dan selepas itu, ujian demi ujian terus datang dari Allah yang cukup sayang pada hambanya dan tidak pernah menghampakan, jika diperlukan.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)



.

Maksud INSYAALLAH

"Insyaallah dari segi bahasa bermaksud "jika dikehendaki dan dengan izin Allah sesuatu akan berlaku".

Insyaallah merupakan satu harapan dan doa sekaligus. Amat baik sebagai tanda pengharapan dan doa hamba yang lemah kepada Zat Allah swt. yang Maha Berkuasa. Secara kasar, ianya ibarat seperti sudah berjanji dengan janji yang sudah pasti ditepati mengikut logik akal manusia TETAPI harus diingat, ianya harus disertai dengan redha menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah swt. dan menerima takdir Illahi tanpa perasaan keluh kesah serta pasrah terhadap kehendak Allah swt. bahawa hanya DIA yang mengatur segala urusan.

Insyaallah diucapkan ketika kita berniat hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara yang kita sendiri belum tentu akan masa keadaannya, baik sekarang mahupun yang akan datang. Pada kebiasaannya lafaz Insyaallah diucap apabila kita berbuat janji dengan orang lain ataupun di kala kita berjanji dengan diri kita sendiri.

Sebagai seorang Islam, kita amat digalakkan melafaz kalimah Insyaallah sebagai satu tanda dan peringatan bahawasanya segala urusan dan kuasa Allah swt. itu mengatasi segalanya kerana Allah swt. jualah yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Tidak seorang pun di antara kita yang mengetahui apa yang akan terjadi detik setelah ini. Oleh kerana itu, tidak akan pernah ada janji yang diikat 100% antara manusia, kecuali dengan menambahkan kalimah Insyaallah.

Insyaallah bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah swt. semata-mata apabila kita berasa malas dan berputus asa dengan kegagalan menunaikan janji kita yang telah kita lafazkan tetapi BELUM diusahakan. Sebagai orang Islam, kita mestilah berusaha menyempurnakan tuntutan lafaz Insyaallah yang kita telah kita ucapkan. Kalau kita gagal sekali pun setelah berusaha sedaya upaya, ianya tidak jatuh sebagai dosa orang MUNAFIQ dan masih boleh dimaafkan kerana lafaz kalimah Insyaallah itu ibarat pendinding dan peringatan bahawa Kuasa Allah swt. Mengatasi Segalanya yang bererti juga segala urusan di muka bumi ditentukan oleh Allah swt.

Berkenaan dengan lafaz Insyaallah, Allah swt. telah berfirman di dalam Surah Al-Kahfi ayat 23 dan 24

[23] Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti"

[24] Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini"

Sayangnya, ada di antara kita mempergunakan kalimah ini secara keliru dan songsang sehingga anggapan telah dibuat bahawa kalimah Insyaallah ini diucapkan sebagai kelonggaran untuk TIDAK menepati janji dan TAKUT menerima amanah. Ideologi dan orientasi dangkal ini berkembang dan menjiwai sebahagian umat Islam sehingga adakalanya apabila kita sebut sahaja "INSYAALLAH", orang yang mendengarnya terus sahaja memandang serong dan negatif kepada kita (antagonistic). "Ini tak nak buat la ni", Pemalas la ni", "Woi, betul-betul la ni"....., itulah antara bait respon-reaksi yang kita dengar sesudah kita melafaz Insyaallah. Masyaallah!

Jadi sebagai hambaNYA, kita dipertanggungjawabkan untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan asyik mengikut telunjuk yang serong sahaja, khuatir nanti telunjuk menjolok mata! Mulai hari ini, perbetulkan maksud Insyaallah. Jangan lagi dipergunakan kalimah tersebut dengan maksud dan niat yang tidak tepat.

Ingat! "INSYAALLAH" bukan bermaksud berniat untuk tidak menepati janji dan tidak menunaikan amanah tetapi lebih kepada satu bentuk MoU (Memorandum of Understanding) kita dengan manusia secara langsung dan terhadap Allah swt. secara tidak langsung.

Sabda Rasullullah saw. sangat jelas, yang bermaksud:

Tanda orang munafiq itu ada tiga walaupun ianya berpuasa dan solat serta mengaku dirinya Islam, iaitu jika berbicara dia berdusta, jika berjanji ia menyalahi dan jika diberi amanah (dipercayai) ia khianati

[Hadis riwayat Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi atau lebih terkemuka dikenali sebagai Imam Muslim]

Orang munafiq tidak memperdulikan kepayahan dan kesengsaraan orang lain. Orang munafiq lebih mementingkan diri mereka sendiri (egocentrism) dan yang sepuak dengannya.

Kita jangan pedulikan dengan janji dan sumpah orang munafiq. Jelas dan terang surnpah mereka hanya sekadar permainan belaka. Bersesuaian dengan firman Allah swt. di dalam Surah Al-Munaafiquun ayat dua dan tiga

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan

[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)

Antara kita sebagai seorang Muslim tulen diharuskan untuk bersikap tegas terhadap orang-orang munafiq ini. Ketegasan ini tidak perlu diragukan lagi sebab adalah perintah dari Allah swt. sendiri. Tidak layak bagi Muslim lain mendoakan, bahkan mensolatkan, bersikap lembut dan bertolak-ansur dengan orang munafiq. Selagi seorang itu munafiqun, adalah merupakan pantangan abadi yang kekal bagi seorang Muslim untuk menerimanya sebagai sahabat apatah lagi sebagai pemimpin.

Do'a Anak yang soleh terhadap Orang Tua


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh berbicara terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan berbicara dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan bertetangga dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawaban, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat yang dituju.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berhasil bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak langsung melayani Nabi Musa. Dia masuk ke dalam kamar dan melakukan sesuatu di dalam. Tidak lama kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu digendongnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Ada apa ini ?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian diantar lagi ke dalam kamar. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.. Babi itu kemudiannya diantar lagi ke kamar.

Setelah selesai barulah dia melayani Nabi Musa. Nabi Musa bertanya "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Agama ku Tauhid", jawab pemuda itu yaitu agama Islam. "Mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah orang tua kandungku. Oleh kerena mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah merubah wajah mereka menjadi babi yang buruk rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Setiap hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku seperti yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampuni. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia kembali, tetapi Allah masih belum mengabulkan.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "'Wahai Musa, inilah orang yang akan bertetangga dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua orang tuanya. Orang tuanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang artinya: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua orang tuanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa orang tua yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada orang tuanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan orang tua kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau seburuk apapun perangai kedua orang tua kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak sekali dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua orang tua kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua orang tuanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para orang tua di alam kubur.

Sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran uang, tetapi sayang seorang anak pada kedua orang tuanya ialah dengan doanya supaya kedua orang tuanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Amin